Header Ads

ads header

Flash News

Ketua Wanita PKR Perak gesa ambil tindakan ke atas Farhash




Ketua Wanita PKR Perak Chua Yee Ling kesal dengan kenyataan Farhash Wafa Salvador dan menyifatkannya bertentangan dengan seruan Presiden PKR Anwar Ibrahim agar pemimpin dan anggota parti bersatu.

Jelas Chua, sebarang tindakan yang mencabar profesionalisme polis hanya akan menjejaskan kredibiliti dan melambatkan lagi penyembuhan dalaman parti.

"Buat masa ini, kita perlu bersabar dan menunggu laporan penuh, untuk mencari dalang sebenar.

"Kita mesti mematuhi disiplin parti dan memaparkan kualiti parti pemerintah yang bertanggungjawab. Melaungkan 'Anwar sebagai PM' dan 'Azmin semburit' tidak dapat diterima dan mengelirukan orang ramai.

"Saya menggesa parti mengambil tindakan disiplin yang serius," kata Chua dalam satu kenyataan semalam.

Chua berkata demikian merujuk kenyataan Farhash, yang merupakan setiausaha politik Anwar, ketika dibebaskan dari tahanan polis semalam.

Ketika dibebaskan semalam, kira-kira 100 penyokong Farhash melaungkan slogan mendesak polis supaya tidak menjadi "alat politik", "Reformasi! Anwar Ibrahim untuk perdana menteri! Azmin semburit ".

Farhash yang juga merupakan pengerusi PKR Perak ditahan sejak 16 Julai lalu berhubung siasatan beberapa kli video seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

"Seperti yang dikatakan oleh Anwar (ketika pemukiman PKR hujung minggu lalu), parti mengalu-alukan kenyataan ketua polis negara bahawa Azmin tidak dapat dikaitkan dengan video itu kerana hasil pengecaman wajah negatif.

"Presiden PKR juga mengulangi bahawa PKR menolak dan mengutuk politik longkang," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan