Header Ads

ads header

Flash News

Mansuh Akta Hasutan sekarang, kata Pemuda PKR selepas pensabitan Wan Ji kekal


GEORGE TOWN: Pemuda PKR terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan pensabitan ahlinya, Wan Ji Wan Hussin, seorang penceramah bebas, kerana membuat kenyataan menghasut terhadap Sultan Selangor, dan menaikkan hukuman penjara kepada 1 tahun daripada 9 bulan.

Ketua Pemuda Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata PKR menghormati pemisahan kuasa mahkamah dan kerajaan tetapi keputusan itu harus mendorong Putrajaya memansuhkan Akta Hasutan seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

“Perkembangan ini harus mendesak semua pihak lebih serius mengenai reformasi,” katanya kepada FMT.

“Saya kesal dan susah hati Akta Hasutan masih ada walaupun berulang kali kita kata mahu mansuhkannya. Hari ini, ia digunakan untuk menghukum aktivis.”



Beliau menambah Pemuda PKR akan menghubungi keluarga Wan Ji untuk membantu mereka dalam apa cara yang perlu.

Wan Ji didakwa bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara 3 tahun atau kedua-duanya.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan pada April tahun lepas kerana kenyataan yang dibuat di Facebook pada 2012.

Peguam Lim Wei Jiet terkejut Jabatan Peguam Negara meneruskan rayuan untuk menaikkan hukuman penjara terhadap Wan Ji.

Beliau berkata kerajaan patut memansuhkan Akta Hasutan dan mengenakan moratorium ke atas semua pertuduhan bawah akta itu.

“Hari yang amat menyedihkan. Saya berharap Jabatan Peguam Negara pada depan akan pertimbangkan untuk tidak merayu kes-kes hasutan dan menggugurkan semua kes seperti itu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH,” katanya kepada FMT.



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. ni lah msalahnya bila tak sedar diri.

    setiap negeri punya pemiliknya.. kecuali sabah ,serawak.
    penang ngan Melaka pun pernah ada pemiliknya.

    kesemua pemilik tersebut bersetuju bergabung dan membentuk Negara.
    Maka dipilihlah seorang perdana menteri untuk mengurus tadbir.

    PENDEK CERITA... org bodoh macam wan ji ni ingat kerajaan itu pemilik Negara.
    dan rakyatlah ketuanya.. rakyatlah yg memilih... rakyat yg berkuasa.
    hahahaha hadoii...

    dah mabuk ketum kot.
    Mungkin sudah sampai masanya Raja-Raja melayu menghapuskan sistem yg di gunapakai sekarang.
    Sekadar cadangan, kerana rakyat yg tak sedar diri ni makin ramai.
    Raja Kapoor semuanya.

    BalasPadam