Header Ads

ads header

Flash News

Menanti Suara YB Nurul Izzah



1) Sebelum ini beliau kecewa dengan halatuju parti dan senario politik dalaman parti. Beliau letak jawatan Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang sebagai memprotes senario yang tidak menguntungkan parti. Para pemimpin PKR terkejut dengan tindakan beliau.

2) Namun terkejut mereka tidak lama. Kemelut dalaman PKR terus retak menanti belah. Senario sudah menjadi sinetron dalaman. Nak kata Presiden tak mampu kawal keadaan pun, Presiden sendiri dikatakan terkait dengan isu dalaman ini.

3) Perletakan jawatan YB Nurul Izzah dilihat sudah tidak dipandang oleh PKR. Kekecewaan beliau tidak dipedulikan. Perbalahan terus memuncak. YB Nurul Izzah mesti buat sesuatu jika mahu selamatkan PKR.

4) Jika perletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang tidak mampu mengubah sinetron dalaman, saya cadangkan YB Nurul ugut untuk letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

5) Jawatan Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, mereka boleh replace dan memang berminat untuk replace. Sebab itu mereka tak heran dengan ugutan demikian. Jika kerusi Permatang Pauh jadi cagaran, mungkin mereka akan buka mata.

6) Mungkin juga untuk ugut dengan kerusi Permatang Pauh itu boleh dikatakan sudah terlambat, kerana perang dah memuncak. Tapi meletakkan jawatan sebagai MP Permatang Pauh adalah pukulan keras kepada mereka yang bertelagah. Seolah-olah seperti menampar pipi mereka secara berulang-kali dan diakhiri dengan menumbuk hidung mereka.

7) Nak power lagi, ajak dua tiga orang MP PKR lagi ugut untuk letak jawatan. Buat PRK serentak, berlawan dengan PAS atau UMNO. Sebab dalam teori politik, kalau rasa macam tak ada musuh yang kuat nak melawan kita, kita akan cenderung untuk berperang sesama sendiri.

8 ) Maka beberapa PRK serentak pasti akan menyatukan kita kembali, apabila musuh kita masing-masing adalah PAS dan UMNO. Ya, focus on common enemy! Ini sahaja cara untuk mengatasi keretakan yang berlaku. Come on, YB Nurul...yeah!

Sekian
Dr Tanaka Mustafa
MR :  Dia tangkap merpati, terus senyap isu merpati...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Dia ni antara orang terawal yang telah mengucapkan simpati kepada Jemin Jamban, itu ramai yang muskil? Tak tahulah macam mana orang Permatang Pauh boleh memilih ahli parlimen seperti ini. Sehingga ini tiada apa2 delivererable dia ni kepada ugama bangsa dan negara...ilekkkk! cuma bulan2 kita duit gaji sahaja!

    BalasPadam
  2. mabuk todi gamaknya tanaka ni.
    buat plan nak selamatkan PH.

    sorry la derr... benda kalau dah busuk dari dalam tu takda obat dah haihh... tunggu mati ja.
    kalau nyawa liat, kami boleh cabut plug life support.

    BalasPadam