Header Ads

ads header

Flash News

PAS, Jemaah Yang Pernah Didoakan Keberkatan Padanya


1) Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith, saya bersetuju bahawa memang ada kes kafir-mengkafir pada suatu ketika dahulu. Ia adalah berpunca daripada kerakusan beberapa penceramah politik PAS yang mengkafirkan orang UMNO. Namun, para penceramah yang mengkafirkan orang UMNO, semuanya telah dipecat dan keluar daripada PAS. Bahkan ada yang dipecat itu kemudiannya menyertai UMNO pula.

2) Jadi untuk mengaitkan PAS, dan YB-YB PAS yang ada dengan elemen kafir-mengkafir sampai terjadi solat dua imam, nikah semula dan sebagainya, ia adalah tuduhan yang sebenarnya tidak sohih dan terikut-ikut dengan budaya UMNO itu sendiri. Yang mula-mula menuduh PAS mengkafirkan UMNO, adalah sebahagian orang UMNO, yang kini pakat bertukar menjadi PPBM.

3) Selepas era kafir-mengkafir, yakni selepas para penceramah yang mengkafirkan UMNO dipecat daripada PAS, PAS berjaya membersihkan daripada golongan extremis seperti itu. Manakala UMNO pula mengambil mereka yang dipecat itu untuk menjadi ayam sabung UMNO melawan PAS, dan turut terlibat dalam pembikinan video debat olok-olok.

4) Walaupun PAS sudah dibersihkan daripada spesis yang mengkafirkan UMNO, namun PAS tidak sepenuhnya bersih. Ada satu lagi golongan yang suka memaki UMNO dan orang UMNO. Walaupun tidak mengkafirkan orang UMNO, mereka kerap memaki orang UMNO dengan makian yang dahsyat, sehingga mereka dianggap ayam sabung PAS.

5) PAS mengambil masa lebih 20 tahun pula untuk menyingkirkan golongan pemaki-hamun ini keluar daripada PAS. Hari ini PAS sudah bersih daripada golongan pemaki hamun dalam siri ceramah-ceramah PAS. Tidak hairan hari ini orang-orang UMNO yang baik-baik, sudah tidak kekok dengar ceramah PAS. Yang kurang baik, pakat masuk PPBM pula.

6) Adakah PAS sudah bersih setelah pemaki hamun disingkirkan? TIDAK. PAS belum bersih sepenuhnya. Masih ada satu lagi golongan yang tersembunyi yang sukar dikenalpasti oleh ahli PAS, yang boleh merosakkan PAS.

7) Jika PAS mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk singkirkan penceramah yang mengkafirkan UMNO, kemudian mengambil masa lebih 20 tahun untuk menyingkirkan spesis pemaki-hamun, untuk menyingkirkan golongan tersembunyi ini tentu mengambil masa yang lebih panjang jika ahli dan pimpinan mengambil sikap denial.

8 ) Golongan tersembunyi ini lebih licik,  bukan sahaja ahli dan pimpinan tidak nampak, bahkan mungkin dirinya sendiri juga tidak sedar bahawa dialah golongan tersebut. Ataupun ianya memang terdiri daripada pimpinan sendiri, sebagaimana ahli dan pimpinan tidak pernah terbayang akan kewujudan golongan pemaki hamun.

9) Atas asbab jemaah PAS adalah jemaah yang pernah ada di dalamnya para ulamak, tok-tok guru, para pejuang yang ikhlas, dan juga doa-doa mereka agar perjuangan PAS diberkati dan menjadi jemaah tempat ummah berpaut padanya, maka segala kerja buat yang melampau, merepek, dan tidak selari dengan doa para ulamak dan tok-tok guru serta orang-orang mukhlisin, secara sendirinya akan terkeluar atau dikeluarkan, tidak kira yang berserban mahupun tidak - termasuk juga yang berbangga kerana keluar daripada PAS.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa


MR :  Dr Rozaimi faham tak tulisan ini..kalau tak faham kena hantar kursus 'asbab'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan