Header Ads

ads header

Flash News

Peguam negara kali keempat cuba tunda perbicaraan kes 1MDB Najib


KUALA LUMPUR: Peguam negara memfailkan usul memohon Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan 1MDB membabitkan Najib Razak sementara menunggu perbicaraan kes SRC International bekas perdana menteri itu selesai.

Usul itu difailkan kepada pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini untuk menetapkan 18 Julai ini bagi Sequerah mendengar usul berkenaan.

Isnin lalu, Sequerah menolak permohonan lisan Peguam Negara, Tommy Thomas atas alasan ia adalah permintaan ke-3 untuk menangguhkan kes 1MDB.

“Permohonan itu ditolak dan perbicaraan 1MDB akan diteruskan seperti yang dijadualkan,” kata hakim itu.

Timbalan pendakwa raya, Budiman Lutfi Mohamed yang mengesahkan satu afidavit untuk menyokong usul itu, berkata kes 1MDB yang dijadualkan bermula 19 Ogos ini perlu ditunda untuk memberi laluan kepada perbicaraan SRC International.

“Ia demi kepentingan semua pihak, termasuk saksi yang dipanggil untuk menghadiri perbicaraan SRC kerana kes itu membabitkan seorang bekas perdana menteri dan perlu diselesaikan dengan cepat dan cekap.

“Ia akan berlawanan kepentingan awam dan menjejaskan pembelaan tertuduh untuk mempunyai banyak perbicaraan membabitkan Najib atas dasar perbicaraan tidak lengkap.”

Katanya, permohonan ini tiada prasangka terhadap Najib kerana beliau dibebaskan dengan ikat jamin.

Budiman tidak pasti jika perbicaraan 1MDB akan diberikan penangguhan kerana ia bergantung kepada penghakiman kes SRC International.

Najib didakwa atas 3 pertuduhan pecah amanah, satu dakwaan salah guna kedudukan dan 3 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta. Perbicaraan kes itu dijadualkan berlangsung sehingga 15 Ogos ini.

Hari ini, Budiman berkata, 45 saksi pertuduhan sudah dipanggil setakat ini.

“Pada peringkat ini, pihak pendakwaan berhasrat memanggil kira-kira 20 lagi saksi walaupun keadaan adalah dinamik,” katanya sambil menjangkakan perbicaraan SRC International tidak boleh selesai menjelang 15 Ogos ini.

Sequerah sebelum ini menetapkan perbicaraan 1MDB diadakan mulai 19 Ogos hingga 14 November ini.

Budiman berkata, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar kes SRC International turut berkata beliau tidak membantah untuk kes itu diteruskan pada tarikh yang ditetapkan bagi kes 1MDB.

Najib berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan penyalahgunaan kuasa pada September lalu atas dakwaan dana 1MDB dimasukkan ke akaun AmBank beliau.


Ahli Parlimen Pekan itu didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion pada Februari 2011 dan Disember 2014.

Beliau turut didakwa memindahkan dana haram RM2.28 bilion ke akaun banknya dan kemudiannya menggunakan wang itu.

MR :  Rakyat nak cepat kerajaan lambatkan takut terurai KENCING MEREKA


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan