Header Ads

ads header

Flash News

Pembekal gula berasap seperti rokok akan dikenakan tindakan, kata menteri


PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas terhadap pembekal gula-gula mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut yang dikenali sebagai “Ghost Smoke”.

Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan boleh diambil ke atas pembekal gula-gula itu mengikut Perintah Kawalan Harga (Pelabelan oleh Pekilang, Pengimport, Pengeluar atau Penjual Borong) 1980.

“Setiap produk tersedia dibungkus ini mesti patuh kepada penandaan butiran-butiran yang ditetapkan (mengikut Perintah Kawalan Harga) supaya diberitahu isinya apa.



“Undang-undang memperuntukkan kegagalan mematuhinya ada tindakan yang boleh diambil,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perunding Penjaja dan Perniaga Kecil Kebangsaan di kementeriannya hari ini.

Semalam, media melaporkan ibu bapa bimbang dengan gula-gula “Ghost Smoke” yang mengeluarkan asap seperti rokok apabila disedut, yang dikatakan dijual secara berleluasa kepada pelajar sekolah di Papar dan daerah lain di Sabah, termasuk Kota Kinabalu.

Susulan itu, Bernama hari ini melaporkan Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan sudah memulakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung penjualan gula-gula “Ghost Smoke” di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh dan akan bekerjasama dengan KPDNHEP.

Saifuddin berkata, pihaknya akan turun padang segera untuk menyiasat dari mana datangnya gula-gula itu sebelum menentukan tindakan lanjut.

“Kita nak tahu benda ini datang dari mana, produk tempatan atau luar negara?

“Kita kena faham isu tersebut dengan lebih tepat, apakah kes ini berleluasa dan kanak-kanak terdedah? Kita kena sahkan dulu.”




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan