Header Ads

ads header

Flash News

Politik bukan perkara usul dan tak boleh diletakkan dalam kerangka akidah kata anak Ustaz Fadhil


Terbaca poster seorang anak almarhum Presiden PAS. Katanya politik bukan perkara usul dan tak boleh diletakkan dalam kerangka akidah.

Sebenarnya tak tepat kata begitu. Almarhum ayahandanya sendiri, Ustaz Fadzil Noor pernah menulis sebuah buku bertajuk "Aqidah dan Perjuangan". Buku ini ditulis bersama dengan Timbalannya ketika itu, TG Haji Abdul Hadi Awang

Dalam buku ini, almarhum menggariskan kepentingan politik dalam kerangka akidah. Politik yang tidak berakidah akan menyebabkan matlamat perjuangannya menjadi tidak jelas, mengurangkan keikhlasan, mencampur aduk Islam dan jahiliah sehingga akhirnya tunduk kepada kehendak golongan yang tidak suka kepada syariat Islam.

Macam sekarang lah. Apabila sebuah parti yang mengaku 'Islam' meletakkan politik diluar spektrum akidah, akhirnya mereka mula menjauhkan diri daripada memperkasakan undang2 Islam (cth RUU355), mencampur aduk agenda LGBT / libertarian di dalam istilah maqasid syariah dan tunduk kepada kehendak parti-parti yang lebih besar dengan bersikap apologetik apabila melibatkan kepentingan bangsa dan umat Islam.

Apa yang ditulis almarhum, sedang berlaku hari ini. Perlahan-lahan.

Saya sarankan Amanah tak payahlah gatal sangat kalau nak buat program memakai nama Almarhum. Almarhum seorang yang sangat keras dalam isu akidah. Almarhum seorang yang sangat tegas dalam isu keistimewaan Melayu Bumiputera.

Kalau nak banding keras dan ekstremnya beliau dahulu, jauh sangat kerasnya berbanding PAS zaman kepimpinan TG Haji Hadi.

Zaman TGHH, PAS putus dengan DAP dalam muktamar. Zaman UFN, PAS putus dengan DAP dalam meeting je sedara.

Akidah punya pasal

---

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Bukit Tunggal Kuala Terengganu
---
Semasa ayah berjuang dia tak ikut ayah.. ikut IKRAM, kini jadi pengikut orang yang nak robek parti yang ayahnya berjuang,... Dia kena baca buku-buku ayahnya dan Dr Yusof Qardawi berkenaan akiqah. Jangan asyik letak gambar Dr Yusof Qarqawi dalam facebook tapi bodoh dengan ilmu Dr Yusof Qardawi


MR :  Iman bukan boleh diwarisi...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Jika parti Islam memerintah negara, parti Islam akan menegakkan agama Islam dan menjaga, menjamin dan melindungi hak umat Islam.

    Jika parti sekular liberal dll memerintah negara, parti sekular liberal dll akan menindas agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Ini telah berlaku sejak dari dulu, kini dan selamanya kerana ideologi buatan manusia sesat adalah ideologi yang zalim dan sesat kerana mengamalkan matlamat menghalalkan cara untuk menjaga kepentingan pihak yang berkuasa.

    Lihatlah pemimpin parti kuali imayam putumayam menjadi pengkhianat dengan menyokong tindakan rejim China Komunis menindas agama Islam dan umat Islam.

    BalasPadam