Header Ads

ads header

Flash News

Poster (NOW YOU CAN) Syarikat Arak HEINEKEN


1. Akhbar The Sun bertarikh 8 Julai 2019 memaparkan poster minuman zero-alcohol keluaran syarikat Heineken dengan slogan "Now You Can". Maka timbul persoalan, siapakah yang dimaksudkan dengan "you"?

2. Secara jelasnya, "You" merujuk kepada golongan yang allergic dengan bahan memabukkan (dalam Islam disebut Khamr), yang kita tahu majoriti golongan ini adalah Muslim. Justeru, saya merasakan iklan ini cuba membawa naratif produk ini sesuai untuk Muslim.

3. Adakah Heineken Zero-Alcohol halal? Di sini kita lihat pentingnya umat Islam memahami konsep Haram Lizatihi dan Haram Ligahirihi. Zat dan pati minuman ini tidaklah memabukkan, tetapi ia tetap haram diguna (consume) kerana beberapa sebab:

a) Mendekatkan diri dengan industri arak: Penggunaan produk ini boleh merobohkan tembok sensitiviti kita, dan hasilnya kita rasa normal apabila di'associate' dengan arak.

b) Mempromosi jenama arak: Pembelian produk ini dikaitkan dengan sokongan terhadap jenama ini, apatah lagi jika kita dilihat sedang menikmatinya di media sosial atau di alam nyata. Itu adalah pemasaran tak langsung.

c) Menyerupai budaya orang kafir: Rasulullah SAW amat sensitif dengan penyerupaan dan perkongsian identiti kufur. Sebolehnya, seorang Muslim mesti dilihat sebagai seorang Muslim, dan tidak menyerupai orang bukan Islam.

d) Menghilangkan kuasa nahi munkar: Orang yang minum produk ini pasti tidak mempunyai aura mencegah keluarganya yang minum arak, kerana dia juga dilihat sebagai minum arak. Nahi munkar itu wajib, maka menjaga aura nahi munkar juga wajib.

4. Jelas bahawa produk ini perlu dijauhi oleh umat Islam. Saya amat bersyukur jika pihak berkuasa agama seperti Jabatan Mufti dan JAKIM dapat mengeluarkan ketetapan yang jelas terhadap isu sebegini.

5. Nota Tambahan: “Heineken 0.0 is double brewed with 100% natural ingredients, and only 53 calories per 250ml serving. We gently remove the alcohol through vacuum distillation and blend the brew to perfection to ensure that same great Heineken taste,” she said. (Sumber: https://www.theedgemarkets.com/…/heineken-launches-zeroalco… )

Bilal Jailani


MR :  Ini adalah kecelakaan PH terutamanya drp IKRAM dan AMANAH yang menyeleweng perjuangan Islam dan tak mampu hadapi DAP dan golongan non-muslim dalam PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. sudah sukar nak di bendung makin laju nak jahanam kan malaysia .

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu2 ph digalakkan mengkomsumirnya sebanyak mungkin..

      Padam
  2. Kalau ditanya kat semua orang, air teh yang dimasuki taik cicak jika taik tu dikeluarkan maka tiada lagi taik cicak dalam tu. Boleh diminumkah? Sanggup minumkah? Saya 100% YAKIN semuanya takkan minum kecuali yang tengah kebuluran di padang pasir.

    BalasPadam