Header Ads

ads header

Flash News

Sehari dua ini timbul pula isu Felo Perdana.


Program ini dimulakan zaman Kerajaan BN pada tahun 2014.

Tidak ada soalan "kamu sokong BN atau tidak".

Kami tak kisah.

Pentadbiran saya tiada apa yang nak disembunyikan.

Namun, seperti pegawai kerajaan, Felo Perdana juga diwajibkan menjaga kerahsiaan dokumen dan maklumat rahsia rasmi.

Tiada bezanya bekerja dengan syarikat swasta.

Kalau ada intern atau kakitangan yang bocor rahsia syarikat, sudah tentu akan diberi amaran atau dibuang kerja.

Sama seperti kerajaan.

Setiap Felo Perdana wajib mematuhi undang-undang dan saya yakin yang terpilih merupakan golongan profesional dan berkaliber.

Jika soal politik menjadi pertimbangan perjawatan seperti Felo Perdana, maka adakah perlu setiap pegawai kerajaan membuat deklarasi pilihan politiknya?

Saya tidak pernah berbuat demikian kerana saya menghormati hak pegawai kerajaan kita.

Walaupun saya tahu bahawa ada juga KSU, Ketua Pengarah dan Felo Perdana yang tidak menyokong BN ketika itu.

Ada yang tegur saya mengenai perkara ini tetapi saya jelas.

Taat setia pegawai kerajaan adalah kepada Raja dan Negara.

Taat setia saya dan pemimpin juga kepada Raja dan Negara.

Rakyat didahulukan, bukan politik.

Malangnya hari ini sesiapa yang tidak sehaluan dengan PH dicantas begitu sahaja.

Tanyalah Putrajaya hari ini. Sentimen pegawai kerajaan sudah berubah kepada tahap yang membimbangkan pemimpin PH.

Hak dan kebebasan pegawai kerajaan sudah tiada. Segala janji kepada mereka sudah lenyap juga.

Kini anak muda kita dalam Felo Perdana pula dipolitikkan.

Saya terkenang kembali kepada Felo Perdana semua ini.

Mereka datang dari pelbagai latar belakang dan dari negeri-negeri seluruh Malaysia.

Saya percaya program Felo Perdana ini memberikan peluang kepada anak-anak muda memahami fungsi dan operasi kerajaan.

Saya juga yakin program ini memberikan mereka peluang untuk menimba pengalaman yang berharga agar berjaya kelak di sektor swasta atau kerajaan sepenuhnya.

Semoga program Felo Perdana ini diteruskan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh belia kita.

Harap-harap tidak berubah dijadikan jentera politik PH sahaja.

Itu bukan hasrat dan objektif asal program Felo Perdana.

NAJIB RAZAK




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan