Header Ads

ads header

Flash News

Setpol Anwar, Haziq dijangka bebas hari ini selepas 7 hari reman


PETALING JAYA: Setiausaha politik kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz, lelaki di sebalik dakwaan video seks sejenis terhadap Menteri Azmin Ali, dijangka akan dibebaskan hari ini selepas 7 hari direman.

Farhash dan Haziq ditahan pada 16 Julai lalu dalam siasatan ke atas video seks sejenis yang menyasarkan Azmin.

“Kami menjangkakan pembebasannya (Farhash) selepas tengah hari,” kata peguam Baldip Singh kepada FMT.


 
Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Pada 12 Jun lalu, Haziq menggemparkan negara apabila dia menamakan Azmin sebagai pasangannya dalam video yang dikatakan dirakam di sebuah hotel di Sandakan, Sabah, namun menteri itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Azmin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu yang disifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed mengesahkan Farhash dan Haziq akan dibebaskan pada 3 petang ini.

Seorang lagi individu yang ditangkap bersama Farhash di Masai, Johor juga akan dibebaskan hari ini, manakala seorang ahli perniagaan, yang ditangkap di Shah Alam pada 19 Julai lalu, akan dibebaskan esok susulan lanjutan tempoh reman yang sepatutnya berakhir Isnin.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan