Header Ads

ads header

Flash News

Siti Kasim disaman RM2 juta kerana fitnah oleh pendakwah Islam


PENDAKWAH Islam, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim pada Jumaat.

Dalam laman sosial Facebook peribadinya, Firdaus berkata, saman fitnah ke atas Siti Kasim dibuat kerana peguam kontroversi itu telah memfitnahnya dalam laman media sosial sama sebelum ini.
“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian... ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini. Insya-Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.

“Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2 juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya dalam Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya. Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang.

“Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua. Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga,” kata Firdaus dalam entri yang dimuat naik awal pagi Jumaat.

MR :  Baru dia kenal dunia...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Puak munafik liberal dan puak kafir harbi dan barua-barua mereka adalah tentera dajjal yang suka menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam, pendakwah Islam dan parti Islam.

    Puak sesat lagi menyesatkan ini menggunakan pelbagai penipuan dan fitnah untuk menyesatkan umat Islam.

    BalasPadam