Header Ads

ads header

Flash News

SPRM terima maklumat dakwaan rasuah di Kuala Koh - Latheefa


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata pihaknya menerima maklumat berhubung dakwaan kemungkinan wujud aktiviti rasuah di Kampung Kuala Koh, Gua Musang.

Beliau bagaimanapun berkata tiada sebarang kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan aktiviti tersebut setakat ini.

"Kami terima maklumat dan kami sedang siasat tetapi saya tidak boleh membincangkan operasinya ia akan menjejaskan apa jua siasatan risikan dan sebagainya, jadi saya tidak boleh memberikan komen mengenainya," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Kelantan Nazran Muhammad di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu, hari ini.

Latheefa juga tidak mendedahkan maklumat berkenaan diterima daripada pihak mana atau adakah siasatan itu berhubung aktiviti berkaitan perlombongan mahupun pembalakan.

Baru-baru ini, 15 Orang Asli suku Batek dari Kampung Kuala Koh meninggal dunia akibat jangkitan wabak demam campak yang mengakibatkan pneumonia (radang paru-paru).

Beberapa pihak membuat laporan polis mendakwa ia disebabkan oleh pencemaran air Sungai Lebir namun dinafikan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas menerima laporan daripada Kementerian Kesihatan ketika membuat tinjauan ke perkampungan tersebut.



Dalam perkembangan lain, Latheefa berkata amalan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek untuk dibawa ke mahkamah dihentikan sejak 1 Julai lepas lagi.

Beliau berkata ia bagi memberi persepsi kepada masyarakat bahawa sesiapa yang ditahan tidak patut diberikan tanggapan ‘bersalah’ sehingga ia dibuktikan oleh mahkamah.

"Imej pemakaian itu dianggap seorang yang bersalah (sebelum ini) jadi sebab itu kami mengatakan bahawa sesiapa yang ditahan sehingga dia disabitkan bersalah dan dihukum, dia patut diberi tanggapan ‘tidak bersalah’.

"Dari segi prinsip itu kami mengatakan mulai tarikh itu (1 Julai) ia berkuat kuasa supaya imej pemakaian baju SPRM itu tidak digunakan bagi mana-mana Orang Kena Tahan (OKT) yang ditahan," katanya.

Terdahulu, dalam pertemuan lebih satu jam antara Latheefa dengan Nazran membincangkan mengenai inisiatif Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang akan dibawa ke peringkat negeri selain cadangan dan tawaran kepada kerajaan negeri untuk mempertimbangkan berkaitan isu pengisytiharan harta.

- Bernama



MR :  Yang peliknya dalam hutan cerong SPRM jumpa maklumat, di bandar Pasir Gudang SPRM tak jumpa maklumat rasuah walaupun rakyat berisiko kanser


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan