Header Ads

ads header

Flash News

UMNO Sedia ‘Masuk’ BN Jika Diharamkan


GURUN – UMNO bersedia memasuki ‘payung besar’ Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya parti itu diharamkan ekoran dakwaan menerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu adalah antara strategi parti tersebut dalam berhadapan segala kemungkinan yang boleh berlaku.

Kata beliau, malah dalam pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, kesemua calon UMNO tidak bertanding di atas tiket parti itu sebaliknya menggunakan nama BN.

“Ini strategi kita, saya cakap di Jerai ini (persidangan), kita akan duduk dalam BN, harungi PRU-15 dan apabila menang (kerajaan), kita tubuh UMNO 3.0, tiada masalah,” ujarnya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jerai 2019 di Gurun di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Sebanyak 154 daripada 156 buah cawangan UMNO Jerai telah selesai menjalankan mesyuarat masing-masing.

Mohamad mengulas kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) baru-baru ini bahawa agensi itu sedang meneliti memorandum yang mendesak supaya UMNO diharamkan kerana didakwa menerima wang daripada 1MDB.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau seterusnya menasihatkan seluruh ahli UMNO agar tidak merasa bimbang dengan ancaman pihak tertentu untuk mengharamkan parti itu.

Katanya, sebaliknya biarlah pucuk pimpinan yang menguruskan dan mengatur strategi untuk berhadapan situasi seperti itu.

“Apa yang perlu dirisaukan ahli adalah soal sama ada, sudahkah bersedia untuk berhadapan PRU-15 jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

“Ini tidak mustahil berdasarkan perkembangan semasa politik yang tidak menentu di dalam negara pada masa sekarang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, semasa ditemui dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian bagi mengulas isu pengharaman UMNO, Mohamad berkata, beliau yakin bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan UMNO bagi menyuburkan semangat demokrasi. – UTUSAN ONLINE

MR :  Mat Hassan nampak bijak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan