Header Ads

ads header

Flash News

1,010 bayi dibuang dalam tempoh 9 tahun


SUBANG JAYA: Sejumlah 1,010 bayi dibuang dari 2010 hingga Mei tahun ini kata Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti, Hannah Yeoh.

Daripada jumlah itu, 65% telah meninggal dunia ketika dijumpai.

Bercakap pada satu acara di sebuah pusat membeli belah di sini hari ini, Hannah berkata, kerajaan sedar bahawa kebanyakan kejadian buang bayi adalah berpunca daripada perasaan takut.

Justeru katanya, Putrajaya kini cuba mendekati mereka yang berdepan masalah kehamilan yang tidak dirancang.

“Kami mahu membantu memberikan peluang kehidupan kepada anak anda. Terdapat banyak pasangan yang mahukan anak angkat, Jangan buang anak. Selamatkan nyawa,” katanya selepas menyaksikan tayangan filem iklan kempen “Selamatkan Nyawa”.

Kempen tersebut meliputi penayangan filem iklan itu di 35 pawagam TGV di seluruh negara dan pemasangan poster di 22 R&R Lebuhraya Plus.

Hannah berkata, program “outreach” kerajaan biasanya dijalankan dalam bentuk seminar, tetapi kumpulan sasar yang umumnya terdiri daripada golongan belia tidak menghadiri program sedemikian.

Justeru katanya, pendekatan baru seperti filem iklan dan poster diperlukan.

Katanya, lokasi paling biasa bayi dibuang ialah di kawasan perumahan, tandas dan tempat pembuangan sampah.

“Jadi kita harus pergi ke tempat ini supaya mereka yang mahu membuang bayi tahu ke mana mereka boleh menyerahkan bayi tersebut.”

Beliau berkata, pada masa ini terdapat hac bayi disediakan di bawah pengurusan OrphanCare dan Hospital KPJ.

“Mereka juga boleh menghubungi Talian Kasih di 15999 atau menyerahkan bayi kepada Jabatan Kebajikan.”

Hannah berkata, terdapat 1,305 pasangan yang berdaftar dengan jabatan berkenaan untuk mendapatkan anak angkat.

“1,305 pasangan yang bersedia untuk menjadi ibu bapa kita perlu memadankan keadaan itu,” katanya, selain memambah bahawa kerajaan sangat mengutamakan usaha menyelamatkan nyawa.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan