Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu, Amanah belum mampu ganti UMNO, Pas


PUTRAJAYA - Bersatu dan Amanah dilihat belum mampu menggantikan UMNO dan Pas dalam memperjuangkan isu Melayu dan Islam.

Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kedua-dua parti itu juga mungkin berdepan masalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama UMNO dan Pas berjaya.

"Bersatu sepatutnya ambil alih peranan UMNO dan Amanah ambil alih peranan Pas untuk kelompok Islam progresif. Tetapi setakat ini nampak belum berjaya.

"Sebagai pengkaji saya lihat dinamika itu belum ada. Kalau PRU15 ditakdirkan berlaku tahun depan, saya ingat Amanah dan Bersatu ada masalah besar," katanya dalam program Wacana Ilmu Seri Satria Siri 8 yang membincangkan topik 'Naratif Melayu Islam Pasca PRU14' di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Awang Azman, Amanah khususnya perlu memiliki dinamika Islam progresif dari segi dasar dan pelaksanaannya.

"Dalam konteks wacana Melayu Islam, kenapa orang lebih percaya Pas daripada Amanah? Kalau diukur ahli parti dan sokongan akar umbi Melayu Islam, sepatutnya Amanah lebih menonjol.

"Adakah Amanah patut ditukar kepada parti progresif Islam atau wacana Melayu Islam itu lebih disukai oleh masyarakat kita hingga Amanah ketinggalan. Atau pemimpin Amanah ini sudah sibuk dengan tugasan menteri, timbalan menteri, pegawai khas dan sebagainya hingga akar umbi terbiar?" katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Lembu dicucuk hidung ternakan parti kafir harbi DAPig tidak layak menggantikan parti Islam dan parti Melayu. Kita menolak semua pengkhianat Melayu.

    BalasPadam
  2. Persepsi yg di tanam oleh org yg kalah sesuai dgn manusia yg tidak ingin perubahan kearah yg lebeh mencabar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parti rasis kafir harbi DAPig pernah kalah selama 60 tahun kerana DAPig berfikiran rasis dan kolot dan tidak mahu perubahan.

      Perubahan yang lebih mencabar di mana kaum Melayu hilang kuasa politik dan parti rasis kafir harbi DAPig memerintah negara seperti Singapork.

      Inilah impian tentera merah ternakan DAPig.

      Padam
  3. TANPA NAMA betol tu sy setuju

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bekalan dedak cap roket untuk kamu akan dipotong 50% sebab menimbulkan kemarahan l im to kong.

      Padam