Header Ads

ads header

Flash News

DBP tegur tukar ‘Hari Sukan Negara’ kepada ‘Malaysia Sports Challenge’


PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menegur tindakan Kementerian Belia dan Sukan menukar nama Hari Sukan Negara (HSN) kepada “Malaysia Sports Challenge” (MySC’19), mengatakan penjenamaan semula itu tidak selari dengan hasrat kerajaan meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam program rasmi.

DBP dalam kenyataan menarik perhatian kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua maksud rasmi, meliputi wacana lisan dan tulisan di peringkat persekutuan, negeri, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

“Sekiranya program dan aktiviti diadakan di peringkat antarabangsa, DBP mencadangkan agar nama program dibuat secara dwibahasa, iaitu dengan mendahulukan bahasa kebangsaan dan dikuti dengan terjemahan,” katanya.

DBP menyarankan semua kementerian dan agensi mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai identiti negara, serta wahana komunikasi dan perpaduan dalam semua program peringkat jabatan, kebangsaan dan antarabangsa.

Semalam, Kementerian Belia dan Sukan berkata penukaran nama itu tidak merendahkan martabat bahasa Melayu, dan ia dilakukan untuk memperluaskan capaian program dan meningkatkan prestijnya kerana ia turut melibatkan sektor sukan antarabangsa.

“Kita ada banyak syarikat jenama sukan antarabangsa yang mempunyai pasaran di sini dan kita ingin menarik perhatian dan juga penyertaan mereka dalam aspek ini,” katanya.

MySC’19 akan berlangsung selamas 31 hari sepanjang Oktober.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. nak kena boikot juga ke ni..?
    hahahah
    jgn main2 dgn rakyat Malaysia zaman sekarang.
    semua dh naik gila babi..

    menteri Malaysia cakap Bahasa Malaysia takda standard.

    BalasPadam