Header Ads

ads header

Flash News

Desas-desus singkir MB disebalik perbalahan di Selangor


PETALING JAYA: Ketidakpuasan hati dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan di Selangor membuak-buak ekoran cadangan pindaan yang membolehkan penukaran agama anak secara sebelah pihak di negeri itu.

Sumber dari PH Selangor berkata pimpinan meminta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memanggil suatu mesyuarat tergempar.

“Kenapa timbulkan isu penukaran agama sebelah pihak yang sudah diselesaikan oleh Mahkamah Persekutuan?

“Tak cukup lagi masalah sekarang? Kita bersusah payah mahu menunaikan janji-janji dalam manifesto tetapi sekarang perlu berdepan orang yang mahu berpatah balik dalam hal undang-undang persekutuan,” katanya.

Beliau berkata sekarang bukan masanya menyentuh isu agama kerana orang ramai mahu PH menambahbaik ekonomi.

Beliau berkata mesyuarat itu dijangka berlangsung esok dan “kami semua mahu menyoal Amirudin” mengenai cadangan pindaan itu.

“Kekecewaan semakin bertambah.”

Beliau berkata spekulasi mengatakan cadangan pindaan mengenai penukaran agama sebelah pihak itu bertujuan mengukuhkan kedudukan politik pemimpin tertentu dalam kalangan pengundi Melayu, susulan perpecahan antara Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali selepas kemunculan video seks sejenis pada Jun.

“Tetapi pengukuhan kuasa itu boleh menyebabkan DAP menjadi lemah. Ia boleh menyebabkan ramai orang bukan Melayu tidak gembira,” katanya.

Seorang lagi pemimpin PKR berkata pimpinan Selangor parti itu dijangka akan bertemu Amirudin secara peribadi mengenai isu itu.

“Ramai tidak mahu kerajaan Selangor berpatah balik dalam isu agama ini.

“Ramai mengharapkan seorang menteri besar baru jika dia meneruskan pindaan itu kerana ia mungkin menyebabkan kaum-kaum lagi tersisih,” katanya.

Seorang pemimpin PKR yang menyokong Anwar berkata ia tidak sepatutnya dibuat untuk memperoleh kuasa.

Mereka mengulas laporan Malaysiakini bahawa menteri besar cuba membawa satu pindaan bagi menukar perkataan dalam enakmen berkenaan penukaran agama anak.

Mahkamah Persekutuan tahun lepas memutuskan penukaran agama anak perlu disetujui oleh ibu dan bapa.

Pindaan di Selangor itu mahu menukarnya kepada “ibu atau bapa”.

Idris Ahmad

Sumber lain berkata Amirudin mungkin dipanggil ke lembaga disiplin PKR tidak lama lagi berhubung kenyataannya berkaitan video seks sejenis.

“Kalau dia digantung, kami mahu Idris ambil alih,” katanya, merujuk kepada Adun Ijok, Idris Ahmad menggantikan Amirudin.

Sumber berkata usaha menjadikan Idris menteri besar seterusnya mungkin antara sebab kenapa Amirudin mahu menguatkan kuasanya di Selangor dengan meraih lebih banyak sokongan orang Melayu.

Idris, yang dilihat menyokong Anwar, disebut sebagai menteri besar Selangor selepas Azmin dilantik menjadi menteri persekutuan, tetapi jawatan itu diberi kepada Amirudin.

Amirudin ketika dihubungi mengesahkan mesyuarat bersama pimpinan PH di kediamannya esok.

“Ia mesyuarat peribadi dan bukan mengenai cadangan-cadangan pindaan itu.

“Itu isu negeri dan perkara seperti itu tidak dibincangkan di kediaman peribadi,” katanya.
MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan