Header Ads

ads header

Flash News

MB Selangor Keluar Group WhatsApp, Kemelut PKR Kian Kusut


KUALA LUMPUR – Keadaan politik di Selangor menjadi kusut dengan sebaran khabar angin bahawa terdapat usaha untuk menjatuhkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Ng Suee Lim dan Menteri Besar, Amirudin Shari.

Perkembangan yang turut mencuri tumpuan ialah tindakan Amirudin meninggalkan satu kumpulan WhatsApp secara tiba-tiba.

Walaupun beberapa pemimpin PKR cuba meredakan keadaan dengan mendakwa Menteri Besar “tersalah tekan” pada minggu lalu, namun China Press melaporkan pada Isnin bahawa Amirudin belum lagi masuk semula dalam kumpulan yang ditinggalkannya.

Selain itu, terdapat juga pihak yang mendakwa bahawa kumpulan yang ditinggalkan Menteri Besar hanyalah “kumpulan tidak formal” .

Menurut sumber, usaha menggantikan Speaker timbul apabila Sue Lim dikatakan tidak memberi kerjasama dalam isu pembahasan enakmen mengenai pertukaran agama untuk remaja di bawah 18 tahun.

Ketika persidangan mesyuarat DUN minggu lalu, wajah Amirudin dikatakan “bertukar warna” apabila Suee Lim mengumumkan penangguhan mesyuarat, yang menandakan enakmen berkenaan pertukaran agama tidak akan dibahaskan seperti yang dikehendaki Menteri Besar.

Suee Lim dilaporkan menangguhkan mesyuarat kerana wakil rakyat Pakatan Harapan belum mencapai kesepakatan akhir mengenai isu itu dan beliau mahu memberi lebih banyak masa untuk perbincangan dijalankan.

Amirudin bagaimanapun mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya dari PKR selain sesetengah ADUN dari Amanah dan Bersatu. Mesyuarat juga dihadiri Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Ekoran mesyuarat itu, telah timbul ura-ura mengenai kemunculan usaha untuk menjatuhkan Suee Lim sebagai Speaker.

Selain isu pertukaran Speaker, timbul juga khabar angin mengenai gerakan menjatuhkan Menteri Besar yang disebabkan oleh kemelut dalaman PKR.

Menurut sumber, daripada 21 ADUN PKR di Selangor, sebanyak sembilan orang ialah “orang Anwar”. Amirudin yang merupakan penyokong Azmin perlu mengukuhkan kedudukan sendiri dalam keadaan itu.

Kemelut dalaman PKR juga dikeruhkan dengan isu video seks yang menyasarkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

“Pemilihan PKR, isu pelantikan Menteri Besar dan video seks telah membawa kepada penyebaran khabar angin terdapat usaha menggantikan Menteri Besar.

“Apa pun, semua ini ialah hal dalaman PKR dan tidak libatkan parti lain, termasuk DAP,” kata sumber kepada China Press. – MalaysiaGazette



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan