Header Ads

ads header

Flash News

Menjernihkan Emosi "Sang Kelembai"

Sahabat saya Datuk Zaharin menganggap tindakan Umno Selangor menyokong agar YAB Amiruddin kekal sebagai Dato MB Selangor suatu tindakan yang tidal cerdik tetapi tidak pula mengemukakan hujah dan alasan.

Isunya dalam kemelut politik Selangor hari ini mengapa perlu pertahankan MB?

Umno dan PAS Selangor dalam kenyataannya jelas menegaskan apa pun krisis politik yang sedang dihadapi, samada yang melibatkan penarikan balik usul pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam oleh Speaker dari DAP atau isu perbalahan dalaman PH yang melibatkan kem Azmin dan Anwar, jangan kestabilan dan ketenteraman negeri digadaikan.

Rakyat Selangor telah beri mandat pada PH dan PH pun dan lmeantik MB dengan perkenan Istana maka teruslah mentadbir hingga tamat penggal.

Rakyat tidak mahu melihat satu lagi Langkah Kajang, semata- mata kerana krisis politik dalaman PKR dan PH yang tidak berkesudahan.

Umno dan PAS Selangor tetap akan memain peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dalam Dewan Negeri dan dengan terjalinnya muafakat bersama akan menjelajah seluruh Selangor menyedarkan rakyat bahawa PH mesti digantikan dengan kerajaan yang lebih berwibawa dan ke hadapan dalam membela hak dan kepentingan ummah.

Perubahan mesti dilakukan dalam pilihanraya.

Menyokong Amiruddin kekal sebagai MB bukan bermaksud menyokong PH. Tetapi tidak mahu rakyat terperangkap dalam krisis politik sehingga pentadbiran negeri terganggu dan kestabilan diperjudikan.

Berpolitik mestilah bijak, berpandangan jauh dan bertanggungjawab bukannya emosi dan dangkal. Bergerak secara jemaah dan muafakat itulah adat dan amalan keturunan kita.

ROSLAN SMS



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan