Header Ads

ads header

Flash News

PAS mungkin tampil sebagai teras politik Melayu


PETALING JAYA: Kedudukan tradisi Umno sebagai teras gabungan kerajaan sebelum ini mungkin sukar dipertahankan sekiranya kerjasama baru dibentuk dengan PAS, walaupun parti Melayu itu mempunyai sumber dan capaian lebih luas.

Kedudukan itu mungkin beralih kepada PAS, sewaktu faktor Islam mengukuhkan pengaruhnya ke atas politik Melayu berlatarbelakngkan persepsi bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengetepikan dasar yang memberi kelebihan keada orang Melayu.

Persepsi itu diperkuatkan oleh kenyataan bahawa Umno dan PAS, 2 parti orang Melayu terbesar di negara ini, kini merupakan pembangkang.

Episod Dr Zakir Naik, yang menyaksikan pandangan terhadap penceramah warga India itu dilihat terbahagi menurut garis kaum adalah satu contoh bagaimana Islam mengambil peranan politik lebih besar.

Ini berlaku, hatta pada saat pemimpin kerajaan mewar-warkan sebuah Malaysia baru dengan pendekatan lebih inklusif di samping bersikap berhati-hati untuk tidak menggugat kedudukan Islam.

Pengulas sosial veteran Chandra Muzaffar bersetuju bahawa peningkatan naratif Islam menyediakan asas kepada dominasi PAS ke atas politik orang Melayu, dan berikutan itu ke atas mana-mana kerjasama politik.

Beliau berkata, politik identiti akan menjadi lebih kuat sekiranya pencapaian kerajaan rendah.

Ia juga merupakan sebab kenapa Bharatiya Janata Party (BJP) dengan naratif nasionalisme Hindunya mendapat kuasa di India.

“Politik identiti mempunyai tarikan meluas,” kata Chandra kepada FMT dalam satu temu bual baru-baru ini.

Pada 2014, BJP mengalahkan Parti Kongres yang lama memerintah, dengan pemimpin sayap kanannya Narendra Modi menjanjikan sikap tegas dan pemulihan ekonomi.

BJP kemudiannya memperkukuhkan kuasa politiknya di India dalam pilihan raya negara itu tahun ini.

 
Chandra Muzaffar.
Chandra berkata, tanggapan kelemahan PH dirumitkan lagi oleh tahap sokongan orang Melayu yang rendah kepadanya.

Walaupun berlaku peralihan kritikal sokongan orang Melayu kepada PH dalam pilihan raya umum 2018, namun lebih 70% orang Melayu sama ada mengundi Umno atau PAS.

Chandra berkata, pembangkang yang diketuai oleh Umno dan PAS akan mendapat tenaga baru atas platform politik identiti.

“Jika pembangkang kembali (berkuasa), PAS bukan Umno akan berada di kerusi pemandu,” katanya.

Beliau berkata, parti Islam itu, yang kini menguasai Terengganu dan Kelantan, adalah lebih tersusun dan kukuh berbanding Umno.

Menurut Chandra, dalam konteks Islam pula, yang disifatkannya sebagai “”penanda identiti yang sangat kuat dalam kalangan orang Melayu berbanding identiti kaum”, PAS jelas berada di hadapan.

Penganalisis politik Azmi Hassan bagaimanapun tidak bersetuju, dengan berkata, kedua-dua parti itu tidak mempunyai kelebihan berbanding satu sama lain.

Namun begitu, beliau tidak menafikan bahawa orang Melayu melihat agama, terutamanya Islam, sebagai faktor teras dalam politik mereka.

Katanya, orang Melayu juga melihat Umno dan PAS sebagai pelindung Islam, dan bersedia mengetepikan perbezaaan antara 2 parti yang saling bermusuh itu suatu masa dulu.

Azmi menjangka pengaruh yang diperlihatkan oleh Umno dan PAS sebagai suara dan pelindung Islam akan memberi kesan ke atas parti serpihan masing-masing, iaitu Amanah dan PPBM.

Beliau berkata, walaupun politik identiti tidak baik untuk Malaysia, namun ia adalah realiti yang sukar diabaikan oleh ahli politik.

“Mereka berasa perlu menyahut isu kaum dan agama untuk memenangi undi.”



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan