Header Ads

ads header

Flash News

Siapa sebenarnya rasis dan anti-Islam?


MERUJUK kepada beberapa video yang viral di media sosial antaranya:

i. Video YB Wong Shu Qi (Ahli Parlimen DAP Kluang) di mana beliau secara sinis dan sambil ketawa di depan audien mengatakan bahawa tulisan Jawi digunakan untuk menulis buku-buku lucah di zaman dahulu.
https://www.malaysia-today.net/2019/08/11/tulisan-jawi-diguna-dalam-buku-lucah-pada-masa-dulu-kata-yb-dap/

ii. Seorang lelaki Cina yang melempar telur ke Pejabat DAP di Ipoh, Perak disebabkan gara-gara tulisan khat Jawi mahu diperkenalkan SRJK(C).

Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang ingin memperkenalkan tulisan Khat Jawi di sekolah SRJK (C) dan SRJK (T) di seluruh Malaysia. Tetapi malangnya ia mendapat tentangan dari beberapa ahli-ahli politik DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Dong Zong.

Tulisan Jawi wujud di kepulauan Melayu sekitar tahun 1300 yang lalu dibawa oleh pedagang-pedagang khususnya orang Parsi. Ianya berasal dari abjad Arab yang telah melalui evolusi dengan penambahan beberapa abjad baru bagi menyesuaikan dengan pengucapan kalimah-kalimah dalam Bahasa Melayu.

Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja João III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719).

Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak Tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman Tamadun Melayu.

Huruf atau abjad Arab bukan sahaja dipakai di dalam penulisan Bahasa Melayu tetapi ianya juga digunakan dalam penulisan Urdu di Pakistan dan India dan juga dalam penulisan Bahasa Farsi yang digunakan di Iran, Tajikistan,Uzbekistan, Bahrain, Arzerbaijan, Armenida dan Selatan Russia dengan beberapa penyesuai mengikut loghat daerah masing-masing.

Tidak dinafikan tulisan Jawi yang menjadi tulisan rasmi dalam konteks Bahasa Melayu telah dihapuskan dari sistem pembelajaran Bahasa Melayu oleh Umno melalui Khir Johari yang menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1966. Walaupun begitu tulisan Jawi tetap terpelihara dan digunakan dalam sistem Pendidikan Agama Islam terutamanya di sekolah-sekolah agama kerajaan, persendirian dan institusi pondok di seluruh negara.

Mengapa tulisan Jawi menjadi momokan oleh YB DAP Wong Shu Qi dengan mengatakan tulisan Jawi digunakan dalam buku lucah zaman dahulu? Apakah tulisan mengunakan abjad-abjad lain termasuk abjad Cina tidak pernah digunakan didalam penulisan buku-buku lucah bukan sahaja zaman dahulu, bahkan berlaku juga zaman ini? Mengapa harus tulisan Jawi menjadi bahan momokan oleh YB DAP Keluang?

Tulisan adalah adalah alat komunikasi dan bukannya agama. Setiap bangsa dan negara mempunyai bahasa dan abjad penulisan mereka sendiri bahkan menjadi identiti dan kebanggaan setiap bangsa dan negara masing-masing. Ada pun tulisan khat Jawi ia adalah satu bidang seni (art) penulisan sebagaimana “The Chinese stroke using bamboo brush”. Ketika berkunjung ke Beijing tahun 1996 dahulu saya membeli banyak lukisan dari tulisan China sebagai kenangan cenderahati dari China.

Sepatutnya YB Wong Shu Qi dan lain ahli DAP termasuk Dong Zong mengucapkan terima kasih kepada bangsa Melayu yang sanggup berkorban menghilangkan identiti penulisan rasmi Bahasa Melayu iaitu tulisan Jawi bagi menghargai keberadaan kaum lain seperti Cina dan India di Tanah Melayu ini melaui perjanjian yang disebut sebagai 'Kontrak Sosial'. Disaat tulisan Jawi dihapuskan dari sistem pembelajaran Bahasa Melayu tahun 1966, tidak ada seorang pun orang Melayu atau mana-mana organisasi Melayu bangkit menentang perubahan ini.

Orang-orang Melayu sangat toleransi sehingga tidak pernah mempertikaikan pengunaan abjad Cina dan kewujudan sekolah-sekolah vernakular di negara ini. Dan mengapa Dong Zong dan penentang-penentang tulisan khat Jawi tidak menentang dan meminta kerajaan menghapuskan tulisan Jawi yang digunakan dalam produk-produk makanan. Apakah mereka tidak khuatir bahawa ramai orang bukan Islam akan terpengaruh dengan tulisan Jawi diproduk makanan?

Apakah bila orang-orang Melayu mempertahankan pengajaran tulisan khat Jawi di SRJK(C) dan SRJK (T) dianggap sebagai rasis dan mereka yang mepertahankan sekolah-sekolah Vernakular itu tidak rasis? Saya tidak fikir bahawa orang-orang Melayu akan menentang sekiranya mata pelajaran tulisan abjad Cina diperkenalkan di sekolah-sekolah kebangsaan, bahkan orang Melayu akan berterima kasih kerana dapat belajar satu lagi bahasa.

Di negara Thailand contohnya masih mengekalkan tulisan Jawi di penunjuk arah (signboard) di beberapa daerah di dalam negaranya.

Kalau mereka khuatirkan bahawa tulisan Jawi boleh menyebabkan orang Cina akan memeluk Islam, dalam konteks Malaysia adalah lebih baik menggunakan abjad China untuk mengajak dan berdakwah supaya orang Cina yang bukan beragama Islam memeluk Islam. Dan saya melihat sendiri di Masjid Kobe bahawa artikel dan pengajaran Islam ditulis dalam abjad Jepun.

Sikap anti kepada tulisan Jawi ini menurut saya bukanlah disebabkan oleh sentimen anti budaya Melayu, tetapi lebih kepada sikap rasis dan sentimen anti Islam.

Apabila merasakan tulisan Jawi ada nilai komersil mereka akan menggunakannya seperti di dalam produk-produk makanan yang majoritinya dimiliki oleh orang-orang bukan Islam terutamanya kaum Cina.

Oleh itu sikap rasis DAP ini haruslah dibuang secara sepenuhnya kalau ingin melihat perpaduan kaum di negara ini dipertingkatkan. Sama ada DAP setuju atau tidak rakyat Malaysia hari ini merasakan ketegangan kaum semakin bertambah di bawah Kerajaan Malaysia Baru di mana DAP adalah sebahagian dari tunjang Kerajaan PH.

HAJI BAKRI JAMALUDDIN
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

- HARAKAHDAILY 13/8/2019





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan