Header Ads

ads header

Flash News

Yakin kerjasama UMNO-Pas bertahan: Mohamad


REMBAU - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberikan keyakinan bahawa agenda pengukuhan dan penyatuan ummah menerusi piagam UMNO-Pas akan bertahan tidak seperti mana sebelumnya.

Menurutnya, kerjasama tersebut bukan perkara baharu, ia pernah berlaku ketika kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein namun hanya bertahan lebih kurang lima tahun sahaja.

"Presiden Pas, Tan Sri Mohammad Asri Muda yang ketika itu juga keluar parti, lalu kerjasama itu terungkai kerana dibuat atas persefahaman pemimpin sahaja dan tidak sampai ke akar umbi.

“Perkara ini menyebabkan kesukaran kepada kedua-dua pihak kerana mereka tidak faham dan akhirnya terlerai," katanya kepada media selepas selesai Ceramah Penyatuan Ummah Peringkat Negeri Sembilan disini, petang ini.

Mohamad berkata, maka kini penyatuan tersebut adalah lebih kepada asas agama dan betapa perlunya orang Melayu dan Islam bersatu.

"Itu asas yang kita ikat dan simpul. Apabila pemimpin yang di atas tak ada, misalnya, maka pemimpin pelapis akan meneruskan agenda yang telah dirancang yang kita akan pastikan kesinambungan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Ini yang akan saya tekankan dan terangkan kepada semua melalui jelajah ke seluruh negara kerana penyatuan berasaskan agama akan bertahan lama melainkan kita mengkhianati agama sendiri," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung piagam UMNO-Pas hanya satu perjanjian politik semata-mata untuk kepentingan parti politik itu, Mohamad berkata, piagam itu adalah sebuah rangka kerja.

" Itu sebab saya kata piagam ini adalah 'the does and the don't ', banyak penubuhan jawatan kuasa, apa perlu dilakukan sekiranya berlaku apa- apa bagaimana hendak buat rujukan, tugas samada diperingkat negeri, bahagian, bagaimana penyelesaian bersama," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut menjelaskan, tema `penyatuan ummah' akan diubah kepada nama lain bagi merangkumi semua yang lebih inklusif termasuk juga bukan orang Islam bagi mengelakkan salah faham mengenainya.

"Ada orang kata `ummah' hanya untuk orang Islam sedangkan itu adalah perkataan Arab untuk umat atau masyarakat. Kita ambil maklum pertikaian ini dan akan tukar tema itu dalam fasa kedua kelak," katanya.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan