Header Ads

ads header

Flash News

YB Prabakaran ‘hilang’ Uncle Kentang selesai isu rakyat


KUALA LUMPUR – Kecoh di media sosial semalam apabila bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kentang menyeru orang ramai khasnya kawasan Jalan Ipoh supaya menderma bagi membantu sebuah keluarga India.

Chee Heng berkata, keluarga India itu memerlukan bantuan wang untuk mengebumikan mayat salah seorang ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.

Bagaimanapun kerana terlampau miskin, keluarga itu tidak mempunyai wang sebanyak RM2,500 untuk kerja-kerja pengebumian serta upacara sembahyang kepercayaan Hindu.

Uncle Kentang yang mendapat tahu tentang perkara itu kemudian cuba menghubungi Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran semalaman namun panggilan itu tidak berjawab.

Keprihatinan umum menderma telah berjaya membantu keluarga itu menyelesaikan masalah mereka tanpa bantuan Prabakaran yang juga sepatutnya jauh lebih peka dengan keadaan menimpa penduduk di kawasan beliau.

Uncle Kentang kemudian memuat naik status dalam laman sosialsebentar sambil menyatakan keluarga itu telah mendapat bantuan untuk pengebumian pada hari ini.



“Terima kasih ‘anak Malaysia’, mayat lelaki India yang tersadai di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) telah diambil dan akan di uruskan hari ini. Tidak perlu tunggu YB. Telefon YB pun tidak terjawab langsung.

“Maafkan YB, beliau (Prabakaran) terlampau sibuk lah. Terima kasih kepada semua penderma, semangat merdeka itu ada dalam diri masing-masing, terima kasih,” katanya.

Walaupun kalah pada PRK lepas, namun Uncle Kentang terkenal dengan aktif dalam kerja-kerja kebajikan membantu sesiapa sahaja tidak kira latarbelakang mahupun warna kulit.

Dalam pada itu, pengamatan MalaysiaGazette mendapati rata-rata netizen juga mengucapkan tahniah kepada Chee Heng sambil memberikan beliau dorongan supaya kembali bertanding kerana benar-benar memiliki ciri-ciri seorang wakil rakyat.

Prabakaran juga dikritik kerana tidak menjalankan tugas hakiki iaitu menjaga kepentingan rakyat. –MalaysiaGazette

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan