Header Ads

ads header

Flash News

Ahli parlimen Tanjung Piai meninggal dunia


Ahli Parlimen Tanjung Piai Mohamed Farid Md Rafik, 43, meninggal dunia awal pagi ini.

Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia sekitar 6.00 pagi tadi di Hospital Pontian, Johor.

Wakil rakyat Bersatu itu mengalahkan calon MCA Wee Jee Seng dengan majoriti tipis 524 undi pada pilihan raya umum tahun lepas.

Mohamed Farid meraih 21,255 undi, sementara Wee mendapat 20,731 Wee. Manakala Nordin Othman dari PAS yang mendapat 2,962 undi. Mengikut penganalisis jika MCA melalui BN ingin merampas kembali kerusi berkenaan MCA perlukan sokongan PAS/

Tanjung Piai, yang terletak di barat daya Johor, dianggap sebagai kerusi tipis PH.

Berita Harian melaporkan Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal sebagai berkata bahawa Farid dipercayai mengalami serangan jantung.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Kenaoa mca nak sokongan pas..mca kan parti cina. . . Tarik ajela org cina. . .Mca tak layak btanding kt situ..biar umnopas aje. .

    BalasPadam