Header Ads

ads header

Flash News

Bila Raja baharin tahu Amanat Haji Hadi?


TIMBALAN Menteri, Raja Baharin tidak cerdik menempelak ‘Amanat Haji Hadi’ setelah sekian masa berada dalam PAS.

Isu Amanat itu mungkin tercetus lama sebelum Raja Baharin berdekat dengan PAS bahkan mendekati pemimpin PAS itu.

Raja Baharin hanya dikenali masyarakat Terengganu setelah dia berjaya membebaskan dua anaknya dari jagaan bekas isterinya di Australia.

Kejadian gempar itu berlaku lama selepas tercetusnya isu Amanat itu.

Masyarakat luar PAS - politik dan tidak politik - melihat isu itu suatu yang buruk, negatif dan jijik. PAS dicemuh dan dijauhi oleh semua. Boleh dikira ia adalah masa payah bagi PAS.

PAS adalah tubuh dan padu menghadapi cabaran itu. Sekalipun Tuan Guru Abdul Hadi sudah jadi orang terkenal masa itu tetapi bukan orang paling kanan dalam pimpinan PAS.

Ramai lagi lebih kanan daripadanya seperti Haji Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Fadzil Noor dan beberapa ulama kanan dalam Majlis Syura Ulamak.

Tetapi semuanya tidak mencela dan menempelak Amanat itu dan peranan Tuan Guru Abdul Hadi dalam PAS. Bahkan PAS dan sekalian penyokongnya selesa dengan politik beliau dan semuanya menerimanya.

Ketika semua di luar PAS cemuh beliau Raja Baharin, mungkin tidak rapat dengan PAS dan Tuan Guru itu, tetapi dia tidak diketahui tidak suka pada PAS. Bahkan pemimpin PAS Terengganu dan masyarakat PAS tidak melihatnya sebagai orang bermasalah dengan PAS.

Tidak diketahui berapa lama dia sudah jadi ahli PAS. Tetapi PAS tidak melihatnya orang asing. Jika isu Amanat itu berubah negatif sepatutnya Raja Baharin tidak boleh dekat dengan PAS dan mesti menjauhkan diri daripada PAS.

Sebaliknya dia diyakini oleh PAS hingga menerimanya sebagai calon dan apakah sumbangannya sehingga dia diterima jadi calon.

Kuala Terengganu adalah kawasan baik bagi PAS. Mustafa Ali, Syed Azman, Wahid Endut antara calon PAS pernah menang di situ.

Dalam orang kanan PAS, PAS terima Raja Baharin jadi calon.

Jika parti itu dan amanat itu negatif bagi perpaduan Melayu dan Islam. Raja Baharin jangan dekat parti itu.

Tidak dipastikan apa masalah dia boleh berbalah dengan PAS hingga dia tidak popular dengan orang PAS.

Dipercayai masalah peribadi dengan orang PAS tetapi tidaklah kerana Amanat itu. Dia terus dipercayai, tidak faham dengan kerenah politik, maka dia tercampak daripada PAS atau dia mencampak dirinya daripada PAS.

Isu Amanat itu tercetus awal 80-an. Sejak itu yang menyertai PAS tidak kurang, bahkan ramai. Amanat itu tidak jadi kayu ukur orang benci PAS. Berduyun-duyun orang menyertai PAS.

Isu itu tidak menyebabkan Tuan Guru Abdul Hadi ditolak, bahkan beliau diterima sebagai Presiden PAS. Dalam masa pimpinannya hubungan dengan DAP bertambah rapat dan PKR terus mengosongkan tempat PAS dalam PH sehinggalah dia digantikan oleh parti serpihannya.

Sesudah pecah dengan DAP, Wan Azizah terus mengharapkan PAS wajar bersama PH sekalipun isu Amanat Haji Hadi tidak pernah dilupai orang.

Anwar Ibrahim bukan orang yang suka dengan Amanat itu, tetapi dia terima PAS dan Tuan Guru Abdul Hadi penting dalam membentuk Pakatan Rakyat dan kemudian PH.

PAS terkeluar daripada Pakatan bukanlah kerana Amanat itu tetapi PAS yang tolak Anwar, Pakatan dan PH.

Spesis Ikram yang ramai dalam PAS sejak dulu tahu buruk baik dan untung ruginya isu Amanat itu bagi PAS. Mereka tahu Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Harun Taib dan lain-lain ragu penyertaan mereka dalam PAS. Tetapi mereka senang dengan Tuan Guru Abdul Hadi yang melayan mereka walaupun mereka tahu Tok Guru itu memikul beban atas isu Amanat Haji Hadi.

Mereka kerumun PAS kerana sukakan Tok Guru.

Antara mereka Tok Guru beri layanan bilik hawa dingin. Layanan Tok Guru itu mereka sangka boleh berpeluang mengambil alih pimpinan PAS.

Ramai yang jadi pimpinan PAS selesa jadi pemimpin PAS walaupun mereka tahu kesan isu Amanat.

Amanat tidak halang mereka memenuhi PAS tetapi mereka tidak senang dengan pimpinan Tok Guru kerana Tok Guru tidak terima Anwar jadi PM dan tidak senang DAP halang PAS untuk perjuang Islam melalui Pakatan. Adapun Raja Baharin jika PAS dan Tok Guru tidak restu bertanding dalam PAS, tidak siapa peduli dan tidaklah dia ada dalam politik.

SUBKY LATIF





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Agenda Atok - Kapir.

    Era zaman mahader 22tahun yg dulu telah pun mengkafirkan diri sendiri. Inilah agenda dan serangan pemikiran serta provokasi yg di bina di tanam oleh mahader terhadap org2 Umno dan Melayu utk memburukkan PAS.

    Agenda terbesarnya ialah memecah belah kan melayu. Dasar pecah dan perintah seperti penjajah Atok bukan boleh tengok Melayu maju atau lebih tepat islam berketrampilan. Itulah yg terjadi kpd Al-Arqam apabila mereka boleh membina ekonomi sendiri tanpa campur tangan kerajaan. Inilah kegusaran Mahader bilamana umat islam kuat ekonomi. Terbukti ummat islam boleh berdikari. #BMF

    Pada satu ketika, dibentuk pasukan bahas oleh Mahader utk berdebat dgn PAS berkenaan isu ini.

    Maka lahirlah debat olok2 oleh UMNO yg pengarahnya mahader. Namun bahas olok2 pun Mahader boleh tewas. ��

    Isu kapir ini didalangi Mahader darpd dulu, kini dan selamanya. Atok hingga hari ini tidak pernah insaf. Tidak nyanyuk dan tidak lupa.

    Atok tdk pernah lupa dengan mega projek. Swasta dan swasta.

    Atok tdk juga lupa dgn Vincent Tan.

    Atok tdk lupa berdaddykasi kepada anak2.

    Tanyakan pada atok, adakah anwar liwat atau tidak? Pasti atok tdk lupa juga.

    Cukup2 lah atok putar filem lama, tak berbaloi pun. Hanya mendedahkan kebusukan pekung sendiri.

    Wallahualam.

    He - Man

    BalasPadam
  2. Kalau diteliti kandungan Amanat Tuan Guru, ianya hanya satu peringatan bukan amanat untuk pemerintah (UMNO masa tu) bahawa golongan yang mengguna peraturan selaian daripada peraturan Allah adalah golongan yang tak berkeyakinan dengan Allah dan bahawa golongan yang memisah urusan pentadbiran dengan perintah Allah adalah golongan yang sama dan ini ditujukan pada sesiapa secara umum. Mungkin perkataan seperti jihad dan kafir adalah terlalu sensitif tapi begitulah bahasa arab. Tapi tu dulu, semua kena lupakan saja.

    BalasPadam
  3. Subky latif ni dah takda modal nak menulis gamaknya..?

    orang lain sibuk dgn macam2 hal yang membimbangkan seperti IC dijual pada pendatang...BMF...Kera-jaan yg macam kera dll
    Dia sibuk jugak dgn amanat hadi.

    Aloo pakcik, sudah-sudah la... dah la penulisan pun saja diteraburkan sehingga bila dibaca, pembaca tak faham apa yg nak diketengahkan.. sampaikan modal bilik berhawa dingin pun keluar.

    Umno dan get over dh hal amanat hadi.
    PAS dah get over dh hal parti ajaran sesat.
    Subky bila nak get over..?

    BalasPadam