Header Ads

ads header

Flash News

Cuba tanya Khalid Samad


Pada 6hb Oktober 2011, Lid undi setuju atau tak setuju untuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011?

Pada hari itu, kerajaan BN masa saya PM berjaya meluluskan Akta 733 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu itu dan berjaya memelihara kepentingan Orang Melayu dalam Kampung Bharu bagi semua aspek termasuk kepentingan sosial, ekonomi, adat dan nilai sejarah untuk selama-lamanya.
(Mujur kita berjaya masa itu. Kalau tidak, Menteri App MyWC mungkin dah tempah tiket ke Hong Kong dan China esok.)
Tetapi, Khalid Samad dan gengnya undi tak setuju dan telah membantah RUU itu.

Pakatan gagal sekat rang undang-undang Kg Baru
https://www.malaysiakini.com/news/177847

Mereka begitu tak puas sampai mereka umum nak bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

Pakatan mahu bawa isu Kg Baru kepada Agong
https://www.malaysiakini.com/news/178285

Tapi hari ini pula, Khalid Samad berani berjanji bahawa Kampung Baru hanya untuk orang Melayu dengan memetik RUU tahun 2011 itu yang dia pernah kuat bantah pula.

"Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, tanah di Kampung Baru tidak akan dijual kepada bukan Melayu seperti termaktub dalam Akta 733 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Seksyen 14 (14)."

K'jaan jamin Kg Baru hanya untuk Melayu - Khalid Samad
https://www.malaysiakini.com/news/492798

Kalau kata dia hipokrit dan berbelit-belit, dia marah pulak.

Takut dia akan meroyan hingga mengeluarkan 10 lagi tweet menggelabah.

Tak apa.

Cuba tanya Lid baik-baik:

Pada 6hb Oktober 2011(Ya, bulan Oktober), Lid undi setuju atau tak setuju untuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011?

Dia undi setuju atau tidak setuju?

NAJIB RAZAK



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan