Header Ads

ads header

Flash News

Ingat Anwar aje.. Haiwan pun boleh kena penyakit mental


Semenjak akhir ini, hari-hari berita dalam negara berkisar bila Anwar Ibrahim nak jadi PM ke-8. Macam-macam tarikh macam-macam ulasan sehingga hilang berita masalah negara yang makin kian kemuncak.

Kita semua tahu dan mungkin ada daripada kita sendiri yang mengganggap si Anwar ini dah menghidap sakit mental tapi tahukah anda sakit mental ini bukan sahaja menyerang manusia namun haiwan juga tidak terkecuali.

Termasuklah kucing dan pelbagai haiwan lain juga boleh kena sakit mental tapi mungkin sakit mental haiwan berbeza sedikit dengan manusia.

Sesetengah haiwan yang menghidap sakit mental adalah disebabkan layanan dan kawasan tempat tinggal mereka.

Contohnya haiwan yang tinggal dalam sangkar seperti haiwan di zoo mungkin lebih senang menghidap sakit mental berbanding haiwan liar dalam hutan.

Contohnya seperti burung peliharaan. Burung-burung yang selalu terperangkap di dalam sangkar akan membuatkan burung ini tekanan, terlebih seronok dan bosan hingga boleh mengakibatkan burung-burung ini menunjukkan ciri-ciri kemurungan dan cemas.

Kalau anda tengok burung peliharaan anda selalu membersihkan bulu dan dalam masa yang mencabut bulu-bulunya, burung peliharaan anda mungkin menghidap sakit mental.

Kucing juga boleh menghidap sakit mental dan ia selalu dikatakan mempunyai sifat OCD ataupun Obsessive–Compulsive Disorder.

Ini boleh dilihat apabila kucing-kucing ini mula membersihkan diri dan mengiau dalam kadar yang kerap.

Ciri-ciri ini menunjukan kucing ini sama ada sedang bosan, cemas ataupun berada dalam kesakitan.

Kucing-kucing yang tidak diberikan perhatian sepatutnya akan mula menunjukan sikap-sikap seperti ini.

Anda ada bela hamster tak dekat rumah? Kalau anda perasan, hamster ini mempunyai satu sikap yang mana mereka suka kumpul makanan dalam mulut banyak-banyak ataupun dia akan kutip semua makanan dalam sangkar dan kumpulkan dekat satu bahagian.


Ciri-ciri ini menunjukan hamster juga mempunyai sakit mental yang mana kita biasa tengok pada orang yang ada sikap “hoarder”.
Salah satu ciri yang kita boleh nampak bila haiwan-haiwan ini mempunyai sakit mental bila haiwan peliharaan anda susah untuk tidur.

Haiwan yang susah tidur ini biasanya disebabkan kebimbangan, kesusahan, kesakitan dan pelbagai sebab lagi.

Kalau haiwan peliharan anda selalu mengiau ataupun sering menyorok dalam kawasan yang sempit, haiwan peliharaan anda kemungkinan besar mempunyai sakit mental.

Sesetengah haiwan ini juga dikatakan turut mempunyai kecenderungan membunuh diri apabila ia mempunyai sakit mental.


Contohnya seperti gajah yang selalu dilatih dengan latihan yang teruk.

Gajah-gajah ini selalu dilihat akan memijak belalainya bagi menyukarkan dia bernafas dan tidak akan bergerak bagi membuatkan dia lemas.

Disebabkan itu haiwan-haiwan ini juga perlu diberikan perhatian yang sepenuhnya!

Sumber: thelaki.com.my







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan