Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan Kini Perosak Harapan Rakyat


1. Mengulas kenyataan media Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad yang mengatakan pembangkang kini tiada isu malah menggunakan sentimen perkauman dan pertelagahan antara orang Melayu dan bukan Melayu sebagai isu politik.

2. Di sini, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan PH adalah sebuah institusi kerajaan yang amat gagal kerana PH adalah punca segala kerosakkan yang berlaku di Malaysia pada hari ini.

3. Menteri Wilayah mengatakan pembangkang kini tidak membina malah merosakkan negara. Kenyataan itu sepatutnya ditujukan kepada kerajaan PH itu sendiri di mana gagal membina negara melalui dasar awam yang cekap serta tiadanya hala tuju negara.

4. Kerajaan PH masih lagi angkuh dan menyalahkan pembangkang atas isu yang berlaku pada hari ini. Jika dilihat, segala pepecahan yang berlaku berpunca daripada PH itu sendiri.

5. Bermula daripada Menteri Agama gagal memelihara kedaulatan agama Islam, DAP yang bersifat rasis, Menteri Pertahanan yang tidak berfungsi, PKR yang mempunyai konflik dalaman, PAN dan PPBM yang hanya menjadi boneka kepada DAP dan pelbagai lagi isu yang menjahanamkan negara.

6. Sejak menjadi pembangkang, UMNO dan Barisan Nasional sentiasa progresif dalam membawa isu rakyat di mana nasib dan harapan mereka tidak dipedulikan kerajaan PH.

7. Kerajaan PH adalah contoh institusi kerajaan yang paling gagal kerana perkara asas iaitu kedaulatan agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu juga tidak dapat diperlihara. Bagaimanakah hendak melindungi perkara lain seperti kestabilan politik, perkembangan ekonomi dan kedaulatan sempadan negara?

8. Rakyat kini menilai setiap tindakan kerajaan PH dan semakin hari rakyat semakin sengsara kerana negara yang kaya raya ini diperintah oleh sebuah parti politik yang gagal.

9. Kerajaan PH hanya mahir dalam memfitnah dan menabur janji manis sebagai retorik politik untuk memenangi hati rakyat. Kini, setelah menjadi kerajaan PH adalah pemusnah harapan rakyat Malaysia.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan