Kerjasama Umno-PAS jejas sokongan di Sabah, kata Zahid
KOTA KINABALU: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengakui pakatan partinya dengan PAS di peringkat kebangsaan baru-bari ini akan mempengaruhi sokongannya di Sabah.
Ini merupakan satu sebab mengapa parti itu mahu memberi autonominya kepada Umno Sabah bagi meningkatkan sokongan rakyat dari negeri itu.
“Kami akan berusaha meningkatkan sokongan untuk Umno di negeri ini.
“Pada asasnya, pemimpin Umno kebangsaan percaya hanya rakyat Sabah, terutama mereka dalam Umno Sabah, akan tahu apa yang diperlukan untuk menyesuaikan Piagam Penyatuan ke dalam landskap politik Sabah.
“Pemimpin Umno Sabah tahu apa yang orang Sabah mahu dan perlukan. Kami akan menghormati keputusan pemimpin negeri,” kata Zahid kepada pemberita hari ini.
Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani presiden PAS dan Umno minggu lalu, bertujuan menegakkan kepentingan orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Ia berjanji untuk memulihkan keyakinan rakyat dalam “kepimpinan Islam, Melayu dan Bumiputera”.
Naib Presiden Umno Khaled Nordin, berkata Muafakat Nasional tidak eksklusif kepada Umno dan PAS, dan menggesa parti Sabah dan Sarawak serta kumpulan masyarakat sivil menyertai piagam itu.
Ditanya mengenai ketiadaan bekas ketua menteri, Musa Aman, yang juga bekas ketua Umno Sabah, Zahid berkata Musa sedang menjalani rawatan perubatan, sambil menambah mereka menghargai komitmen wakil Sungai Sibuga itu terhadap parti.
Menjawab soalan sama ada Umno dan PAS akan bertanding di kerusi Tanjung Piai selepas kematian penyandangnya, bekas timbalan perdana menteri itu berkata mereka perlu berbincang dengan parti komponen Barisan Nasional terlebih dahulu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Md Farid Md Rafik meninggal dunia pagi ini akibat serangan jantung.
Farid adalah naib ketua bahagian PPBM Tanjung Piai. Beliau memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada pilihan raya umum tahun lalu.
Zahid juga enggan mengulas mengenai kemungkinan wujudnya kerajaan perpaduan Umno-PAS sebelum pilihan raya umum akan datang. “Kami akan umumkannya bila kita di situ,” katanya.
Beliau juga menolak dakwaan tidak ada bakat baru susulan tindakan pemimpin kanan Umno Sabah keluar parti besar-besaran tahun lalu, mengatakan parti itu sebenarnya memiliki bakat baru untuk menguatkan sokongannya di negeri ini.
“Bakat baru kini dilihat sebagai pemangkin utama untuk pertumbuhan baru untuk mengukuhkan Umno Sabah,” katanya sambil menambah mereka mempunyai peranan penting untuk dimainkan.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan