Header Ads

ads header

Flash News

Mengapa Kes Adib Penting Dan Wajar Diberikan Perhatian Oleh Kita Semua


1. Walaupun arwah Adib meninggal di sebuah pentas rusuhan berlatarbelakangkan isu agama dan kaum, tetapi arwah meninggal dunia sebagai seorang anggota keselamatan yang akan menyelamatkan kita semua tak mengira agama dan bangsa, walau apapun kiblat politik kita. Jangan kerana ia berlatarbelakangkan isu sebegini menghalang anda, rakan-rakan dari agama dan bangsa yang lain, untuk perjuangkan keadilan buat arwah.

2. Arwah tidak berada di tempat kejadian atas kapasiti Melayu Muslim, tetapi tampil membantu tempoh hari di atas kapasiti seorang penjawat awam, seorang anggota keselamatan, seorang bomba, untuk membantu menjaga keselamatan para perusuh dan orang awam yang ada disekeliling tempat kejadian.

3. Jika ada masa yang sesuai untuk kita sebagai rakyat Malaysia menolak ke tepi seketika perbezaan kita tidak kira dari apa jua aspek, perihal bangsa, politik mahupun agama, ini adalah masa yang sesuai.

4. Selain daripada itu, kes Adib juga penting sebagai tanda aras kemandirian dan kemerdekaan badan Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman (Judisiari) Malaysia tidak sewenang-wenangnya dicabuli dan ditelunjuki oleh Ahli Politik/Pemerintah (Eksekutif).

5. Ini teramatlah penting bagi kita sebagai warga untuk perjuangkan dan pertahankan kerana jika kesemuanya termasuk badan Perundangan dan Kehakiman berada di bawah telunjuk Politik, maka di mana lagi kita sebagai warga ingin menuntut keadilan jika dizalimi dan dianiayai oleh Politik akan datang.

Justeru itu, saya mengajak semua untuk bersatu hati menuntut keadilan buat arwah Adib. Sama-sama kita bantu membela pengorbanan arwah.

Bawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Jangan dibiarkan kes ini menjadi 'precedent' kepada isu sebegini di masa depan nanti.

Akhir kata penghormatan saya buat peguam-peguam yang terlibat terutamanya Cikpuan Syazlin Mansor beserta suami. Pengorbanan dan keberanian anda semua wajar dicontohi.

#KeadilanBuatAdib

Mohamad Jamalee


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan