Header Ads

ads header

Flash News

Pagi tadi terima mesej dari seorang hamba Allah


"Eh.. awak isteri pertama er?? Ok ke?? Dah la duk serumah. Ok ke?? Awak tak jeles ke? Sakit hati tak tengok suami peluk orang lain?"

Lama saya lihat mesej itu. Berkira-kira nak balas atau biarkan.

Lantas icon smile dihantar.

"Nampak sangat awak deritakan? Sebab tu awak acah-acah bagus menulis di FB. Biar semua orang kata awak bagus. Awak baik. Awak hebat. Padahal awak tak pernah bahagia pun. Saya tahu tu. Tengok tulisan awak pun saya tahu awak emosi."

Eh.. makin galak pula dia mereply mesej. Saya tersenyum sendiri. Hati bagai digeletek. Saya ketawa. Kali ini saya diam. Hanya tinggalkan bluetick. Kurang dari seminit saya lihat dia duk typing..

"Kan. Betul kan awak? Kenapa nak gadaikan perasaan sendiri untuk orang lain. Kalau betul suami awak tu baik. Dia takkan buat awak macam tu. Kesian saya tengok awak. Walaupun hanya melalui FB saya tahu awak sangat derita."

Saya tarik nafas dalam-dalam. Dan lepaskan perlahan-lahan. Akhirnya mesej itu terhenti disitu.

Alhamdulillah.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah tentang hati kita. Mungkin sebab dah biasa sangat ditebak dengan soalan-soalan begitu, akhirnya saya sudah kalih. Alah bisa tegal biasa.

Bagi yang baru-baru kahwin dan baru dapat tahu tentang dia dimadukan, mesti meroyan sakan. Tambah pula pelbagai cerita yang cuba dimanipulasikan oleh orang sekeliling. Kadang benda tak berlaku pun.. tapi kerana termakan cerita dan kata-kata orang luar, akhirnya kita yang berantakan.

Seperti semalam. Saya dapat 1 kes. Isteri mengamuk. Humban kain baju laki keluar dari rumah. Sebabnya dia dapat tahu suaminya join 1 group poligami di FB.

Tepuk dahi saya dengar cerita si suami.

Tu la.. bila kita kata perempuan tak reti nak handle emosi, marah. Melenting. Tak nak terima hakikat. Koyak. Akhirnya, mulut duk bertitir minta cerai. Bila dah betul-betul kena cerai, mula la. Adeyhhh.

Sekarang ni tak kira la lelaki ke perempuan ke. Kalau tak jaga hubungan dengan Allah, memang ke laut la jawabnya. Hubungan dengan Allah itu apa? Hubungan dengan Allah itu ialah SOLAT!

Tapi suami kita solat cukup. Berjemaah lagi dimasjid. Kenapa masih pukul kita? Mesti ada something wrong somewhere yang menyebabkan solat dia tak mampu nak jaga dia dari kemungkaran. Yang tu kena belajar khusus. Bermula dengan bab mensucikan diri.

Apa pun yang berlaku antara kita dan pasangan, check hati kita. Check hubungan kita dengan Allah. Itu yang utama. Hubungan dengan Allah setel, masalah lain insyaAllah setel!

So sekarang, jika di hati kita masih ada sakit hati dengan kebahagiaan orang lain. Kesenangan orang lain, yang bermasalah itu adalah hati kita. Bukan orang tu yang menjadi punca.

Kalau lihat, kenapa orang lain boleh aman je walaupun berkongsi suami. Check bagaimana hati kita dengan Allah hingga kita langsung tak boleh nak kongsi. Sedangkan ia suatu syariat yang nabi buat. Kenapa kita tak boleh terima. Atau kita pelik bila ada orang boleh duduk sekali.

Jika hati kita yang sakit, kita rawat hati kita. Jangan bila kita sakit hati. Kita mengajak orang lain untuk sama rasa sakit macam kita sakit. Kelakar ke kelakar sangat tu??

Apa pun, hati-hati dalam menjaga hati. Kerana hati ini lah tempat jatuhnya pandangan Allah. Baik buruk pun akan dilihat pada hati.

Jelas??

Moga dapat sesuatu. Tekan butang share agar lebih ramai belajar macamana untuk menjaga sekeping hati.

Sekiranya hati sendiri masih sakit. Tidak pelik jika kamu masih menyakiti orang lain.

FB
Hannan Alias


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan