Header Ads

ads header

Flash News

PRK Tanjung Piai ujian kepimpinan Dr M, kerjasama Umno-PAS, kata penganalisis


PETALING JAYA: Penganalisis politik menjangkakan Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang akan diadakan susulan penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia, bakal menguji keupayaan MCA menarik sokongan pengundi Melayu susulan kerjasama Umno-PAS.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya menjangkakan MCA akan tetap bertanding di kerusi Parlimen itu walaupun majoriti pengundinya berbangsa Melayu kerana Umno-PAS tentu mahu membuktikan ia tidak akan meminggirkan kerusi kaum lain.

“Meskipun selepas Umno-PAS sudah bersatu, mereka akan buktikan bahawa gabungan dua parti itu tidak rasis, masih beri peluang kepada MCA walaupun 90 peratus pengundi berbangsa Cina menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.

“Namun, jika MCA masih gagal menang dalam PRK ini dan pengundi berbangsa Cina tetap menolak MCA dan Barisan Nasional, maka wajib untuk Umno dan PAS ambil alih kerusi tersebut pada masa akan datang.

“Apa yang bakal dilihat dalam pilihan raya kali ini adalah sejauh mana pengundi berbangsa Cina mahu kembali menyokong MCA dan BN. Ia bakal menguji sejauh mana kerjasama Umno-PAS mampu berikan kemenangan dalam pilihan raya tanpa mengira calon bertanding,” katanya kepada FMT.

Md Farid yang merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan naib ketua PPBM Bahagian Tanjung Piai, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pontian Sabtu lalu.

Kerusi Tanjung Piai secara tradisinya menyaksikan pertembungan MCA dan DAP, tetapi DAP menyerahkan kerusi itu kepada PPBM pada PRU14 yang menyaksikan Md Farid bertanding buat kali pertama dan memenangi kerusi itu.

Md Farid memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 524 undi, menewaskan penyandang dari BN, Wee Jeck Seng yang memperoleh 20,731 undi serta calon PAS, Nordin Othman yang meraih 2,962 undi.

Pola undian bagi PRK tahun ini iaitu Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu, DUN Semenyih (2 Mac) dan DUN Rantau (13 April) menunjukkan peningkatan sokongan pengundi kepada pembangkang selepas PRU tahun lalu manakala PH pula gagal meraih keyakinan orang Melayu selepas lebih setahun memerintah.

Awang Azman berkata, PRK kali ini akan menjadi kayu ukur terhadap populariti dan kepimpinan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad selepas PH mengambil alih Putrajaya lebih setahun.

“Terlalu awal untuk menentukan sama ada PH mampu mengekalkan kerusi dipegangnya dalam pilihan raya umum lepas, selepas setahun. Hal ini kerana terdapat banyak isu dan kebimbangan rakyat dalam isu politik dan semasa.”

Katanya, suasana politik tanah air hari ini tidak sama seperti sebelum PRU14 yang menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN sangat ketara kerana ia kini bekerjasama dengan PAS.

Peluang PH menang tipis

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, PH sukar mempertahankan kerusi Parlimen itu kerana populasi pengundi dan persepsi pengundi Melayu yang PPBM tidak mampu mempertahankan hak kaum itu.

“Lebih baik sekiranya PH melupakan perselisihan dalaman mereka buat sementara waktu. Jika di pihak pembangkang, keputusan PRK ini adalah untuk menguji kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi dalam Umno, manakala bagi PH, ia adalah ujian untuk Mahathir.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan