Header Ads

ads header

Flash News

Siapa Pemuda berhati mulia ini?


Alhamdullillah jnazah anak saudara saya Alif fikri telah selamat disemadi semalam pada jam 12 tengahari. Dua tiga hari sebelum pemergian Alif, ahli keluarga telah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku ke atas Alif.

Semalam, ketika bersedia untuk solat jnazah ke atas jasad Alif, saya telah terperasan pemuda ini yang berbaju merah jambu berada di saf hadapan sekali suaranya sebak sambil mulutnya tidak henti-henti mendoakan Alif.

Ketika di kuburan..pemuda ini lah yang bertungkus lumus membantu semadikan jnazah Alif hinggakan bajunya basah berpeluh. Kami ahli keluarga tidak kenal pemuda ini..

Mungkin kawan Alif sebab ramai sangat yang hadir. Lalu ayah Alif menegurnya. “Encik dari mana.. Kawan Alif ke?.. Sebab tak pernah tengok.



Rupanya seorang doktor merawat anaknya

“Pakcik, sayalah Doktor yang merawat Alif sepanjang dia di Hospital. Saya datang sini saya tengok alamat pada rekod Alif. Saya minta maaf banyak-banyak.. Saya dah lakukan yang terbaik.. Allah lebih sayangkan dia.. Dia muda lagi tak ada dosa.. Saya tak ada kuasa.. Allah maha kuasa.. Saya doktor pun akan mti..” Mendengar itu mereka berpelukan sambil masing-masing menitis air mata.

Ayah Alif yang terkejut dengan kehadiran doktor muda ini memeluknya erat. Sudah tentu kehadirannya atas rasa empati dan penghormatan terakhir buat pesakitnya. “dok apa lah doktor. Kita redha blake doh..doktor buat yang terbaik doh”.

Mulianya hati doktor muda ini

Mereka berbual pendek dan doktor ini berjalan bersama guru madrasah Alif ke kereta. Sebelum balik doktor ini sempat lagi menghulur sumbangan kepada guru itu lalu berkata : “Terima kasih banyak sebab selama ni mendidik Alif.

Mulianya hati mu doktor muda. Bukan sahaja cerdas akalnya malah tinggi akhlaknya. Tahniah kepada Ibu bapa yang mendidiknya dan tahniah kepada Hospital Besar Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana memiliki Pegawai Perubatan yang tinggi akhlaknya. Saya tidak kenal doktor muda ini. Tak sempat bertanya namanya. Kalau ada sahabat FB saya kenal doktor ini boleh tag namanya kami sekeluarga ingin bertemunya lagi.

Mulianya hati doktor muda ini. Moga menjadi ikutan kepada semua. Buat arwh, moga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber : Hanapi Jusoh via Ohbulan





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan