Header Ads

ads header

Flash News

Genting rancang jual kapal mewah Jho Low


Genting Group sedang berusaha untuk menjual semula kapal mewah yang pernah dimiliki oleh ahli perniagaan dalam buruan Jho Low pada harga yang lebih tinggi.

Ia hanya enam bulan selepas Genting membeli kapal tersebut daripada kerajaan.

Syarikat kapal mewah Camper & Nicholsons dipetik The Business Insider berkata bahawa harga yang diminta untuk kapal itu ialah AS$200 juta.

Ini adalah AS$74 juta lebih tinggi daripada AS$126 juta yang dibayar Genting untuk membeli kapal mewah itu daripada Putrajaya.

Kapal mewah itu dahulunya dikenali sebagai Equanimity sebelum Genting menamakannya semula menjadi Tranquility.

Low dituduh menggunakan AS$250 juta yang diselewengakan daripada 1MDB untuk membeli kapal mewah itu.

Ia disita oleh pihak berkuasa Indonesia pada 2018 dan diserahkan kepada Malaysia selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

Sejak dibeli oleh Genting, kapal mewah itu telah disewa, termasuk oleh selebriti Kylie Jenner yang merayakan ulang tahun hari lahirnya di atas kapal itu.

Kapal persiaran mewah itu boleh disewa sekitar AS$1.2 juta seminggu.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan