Header Ads

ads header

Flash News

Iraq isytihar perintah berkurung, protes hari ke-4 disertai pelajar


BAGHDAD: Iraq mengisytiharkan perintah berkurung di Baghdad hari ini, mulai tengah malam ini sehingga pukul 6 pagi esok (waktu tempatan) ketika protes antikerajaan gelombang peringkat kedua, dengan lebih 200 orang telah terbunuh, sementara demonstrasi hari keempat turut disertai para pelajar sekolah.

TV Kerajaan memetik komander operasi Baghdad berkata perintah berkurung akan berkuat kuasa “sehingga notis lanjut” dikeluarkan.

Hari ini pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata ke arah pelajar sekolah dan universiti yang tidak mempedulikan amaran Perdana Menteri Adel Abdul Mahdi supaya tidak menyertai protes.

Jurucakap Adel, yang kedudukannya semakin tidak menentu kerana berhadapan dengan cabaran terbesar sejak menerajui Iraq setahun lalu, berkata semalam sesiapa yang mengganggu kerja atau hari bersekolah akan dihukum.

Protes jalanan besar-besaran di Baghdad dan bandar-bandar lain di kawasan majoriti Syiah di selatan menentang kesengsaraan ekonomi bermula awal bulan ini dan diteruskan sejak Jumaat selepas reda kira-kira dua minggu.

Beribu-ribu penunjuk perasaan Iraq berkumpul di tengah Tahrir Square di sini semalam, menentang tindakan keras yang telah membunuh lebih 60 orang dalam dua hari sejak Jumaat lalu, dan serangan semalaman oleh pasukan keselamatan yang cuba menyuraikan protes.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan