Header Ads

ads header

Flash News

Kekangan import Thailand antara sebab penyeludupan, kata wakil rakyat


GEORGE TOWN: Pendedahan mengenai penyeludupan rentas sempadan yang berkembang maju antara di Padang Besar tidak mengejutkan seorang wakil rakyat tempatan kerana kegiatan perdagangan di pekan-pekan berdekatan sempadan Perlis suram dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin menyalahkan perkara itu pada kekangan ke atas pengimportan barangan Malaysia oleh pihak berkuasa Thailand. Kekangan itu membawa kepada penularan penyeludupan rentas sempadan, tambahnya.

Beliau berkata ketika rakyat Malaysia mengimport barangan seperti beras, sayur-sayuran, ayam, dan kelapa, rakyat Thai dihalang mengimport antaranya sekam, makanan ayam, dan kekapis dari Padang Besar kebanyakannya.

“Terdapat ketidakseimbangan dagangan antara Padang Besar dan Thailand. Ramai orang tempatan mahu berdagang secara sah, tetapi kerajaan Thai tolak banyak barangan.

“Sebuah bank utama sudah meninggalkan Padang Besar. Kalau itu bukan petanda masa-masa susah, jadi apa maknanya?

“Banyak perniagaan berpindah ke Bukit Kayu Hitam. Ekonomi di sini semakin teruk sepanjang lapan hingga sembilan tahun lalu,” katanya kepada FMT.

Zahidi berkata sebab utama ialah pemeriksaan kastam yang “amat lembab” di Padang Besar, berbanding pemeriksaan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia keberatan meluluskan lesen import atau eskport barangan tertentu dari seberang sempadan. Keadaan itu menyebabkan usahawan tempatan tidak berminat untuk berdagang rentas sempadan.

“Kerajaan Thai meluluskan penggunaan ketum. Kenapa kita tak benarkan petani tempatan jual ketum ke Thailand sebagai sumber pendapatan?

“Sudah tentu, kita mesti pantau dengan dekat barangan subsidi seperti tepung, minyak dan barangan lain daripada rentas sempadan. Tetapi sesuatu mesti dilakukan untuk meningkatkan ekonomi tempatan.”

Zahidi berkata kerajaan mesti buka semula zon pasar bebas Wang Kelian bagi meningkatkan ekonomi. Zon itu membolehkan rakyat Thai dan Malaysia masuk sehingga satu kilometer selepas sempadan tanpa pasport.

“Bagi melawan ketidakseimbangan dagangan, kerajaan persekutuan mesti buat sesuatu. Mereka boleh pertimbangkan tarif seperti apa yang Amerika Syarikat kenakan pada China, jika cara lain gagal.”

Zahidi berkata Putrajaya mesti berjumpa pemimpin Perlis bagi melihat apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ekonomi Padang Besar.

Awal hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan penguat kuasa sempadan yang rasuah membenarkan penyeludupan barangan rentas sempadan.

SPRM juga menunjukkan rakaman kamera keselamatan di Padang Besar menunjukkan penguat kuasa menerima rasuah dan membenarkan penyeludup dari Malaysia dan Thailand mengerakkan barangan rentas sempadan.

Barangan seludup yang popular termasuk tepung, minyak masak, baja, diesel, dan petrol.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan