Header Ads

ads header

Flash News

PAS Johor sokong penuh calon blok pembangkang


PETALING JAYA: PAS Johor menyatakan sokongan penuh terhadap calon blok pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata mereka akan memulakan persedian dan mengerakkan seluruh tenaga kerja dan menyusun gerak kerja bagi menghadapi PRK tersebut.

“PAS Johor akan berada bersama blok pembangkang bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, selari dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini.

“PAS Johor akan menyokong sepenuhnya dan bekerja keras untuk membantu kemenangan calon daripada blok pembangkang dengan semangat Muafakat Nasional yang akan menentang calon daripada Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan.

PRK Tanjung Piai akan diadakan pada 16 Nov dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ia diadakan berikutan kematian Dr Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan-PPBM pada 21 Sept lepas.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan