Header Ads

ads header

Flash News

Pesan Epal Tak Nak Air


Anggota kumpulan One Nation Emcees, Sabhi Saddi berkongsi momen lucunya ketika membuat pesanan minuman di sebuah restoran makanan 24 jam kelmarin.

Mahukan epal yang tidak dicampurkan dengan air, penyanyi lagu Nadiku itu diberikan segelas buah epal hijau yang telah dipotong bersama secawan ais ketul.

Perkongsian lucu itu dimuatkan dalam akaun Instagram Sabhi sendiri semalam.

"Cerita kelakar hari ini, inilah kalau pesan dengan pekerja Bangladesh.

"Minta jus epal tak nak campur air, sekali datang macam ini.

"Anda rasa saya nak buat macam mana ni? Nak marah terus tak jadi sebab kelakar," tulis Sabhi yang ketika itu sedang menjamu selera bersama ahli kumpulannya lain.

Kisah lucu itu menarik perhatian peminatnya yang meninggalkan komen agar penyanyi itu memproses sendiri jus epal itu.

"Mungkin pekerja itu tahu abang ini masuk Masterchef. Itu yang dia bagi 'raw'. Pandai-pandailah olah sendiri," tulis @elsafiyhasbi.

"Kisar pakai mulut. Dia suruh bersenam pipi," tambah @arindahomey.

"Sebenarnya kalau pesan nak epal tak nak air dapat macam mana?" sahut @nabilayadi.

"Maaafkan dia sebab orang asing tak berapa faham bahasa kita. Jangan pula orang kita tak faham-faham bila cakap jangan campur air," tulis pengguna lain pula.


MR :  Sepatutnya kisarlah apel tanpa letak air (boleh letak sikit aje nak lajukan kisaran), kemudian curah dalam gelas ais.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Ni lah masalahnya bila selera hotel dibawa ke warung... lepastu harapkan warung bawak kelas hotel.

    kedai mamak je bro... yang order pelik2 tu dah kenapa..?

    BalasPadam