Header Ads

ads header

Flash News

Kita mahu penjelasan dari Azmin - kata Anwar


Presiden PKR, Anwar Ibrahim mahu timbalannya Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan berhubung pertemuannya dengan sekumpulan ahli parlimen BN dan PKR malam semalam di kediaman rasminya di Putrajaya.

“Tentu kita akan minta penjelasan. Ini memang menimbulkan banyak persoalan oleh rakan-rakan, jadi sepatutnya beliau (Azmin) beri penjelasan,” kata Anwar ketika ditemui oleh wartawan di lobi parlimen hari ini.

Malam tadi, adalah dilaporkan sekurang-kurangnya 22 wakil rakyat BN yang berkumpul di kediaman rasmi Azmin yang juga adalah menteri ekonomi pada sekitar jam 9.30 malam dan perjumpaan berlangsung selama dua jam.

Ahli parlimen BN mengunci mulut berhubung tujuan lawatan mereka ke banglo yang terletak di tepi Tasik Putrajaya itu.
Iklan

Wartawan Malaysiakini mengesahkan melihat dua ahli parlimen PKR yang hadir sama iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar.

Mengulas pertemuan itu, Anwar berkata beliau tidak pasti sama ada mesyuarat itu diadakan atas kapasiti parti atau kerajaan.

“Saya tidak tahu sebab itu saya minta lebih baik bagi penjelasan, kalau atas kapasiti parti ataupun kerajaan.

“Kalau kerajaan, mengapa ada MP yang tidak diundang?” soalnya.

Menjawap soalan wartawan sama ada Azmin perlu menghadiri mesyuarat biro politik PKR yang diadakan setiap Rabu, Anwar berkata ia sepatutnya.

“Itu sepatutnya, timbalan presiden wajib hadir,” katanya. Beliau menambah susulan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil di Tanjung Piai, Sabtu lalu, tindakan berkenaan adalah tidak sepatutnya.

"Kadang-kadang beberapa rakan kita ini tidak belajar dari pengalaman kekalahan parah di Tanjung Piai," katanya.

Selain mesyuarat biro politik PKR, Azmin turut dilaporkan tidak hadir pada mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) yang diadakan pada setiap bulan sejak pemilihan parti itu pada November 2018.

PRK Tanjung Piai yang berlangsung pada 16 Nov menyaksikan calon BN Wee Jeck Seng memenanginya dengan majoriti 15,086 undi.

Wee bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal, memperoleh 25,466 undi mengatasi calon PH, Karmaine Sardini yang mendapat 10,380 undi, calon Gerakan Wendy Subramaniam (1,707), diikuti Badhrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa (850) and dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32).





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Orang bawahan kamu tidak boleh urus macamana nak urus negara . Seawalnya kamu kena ambil tindakan. Azmin sudah dlihat menyebelah tun sejak awal lagi .Apakah ini punca kamu goyang nak ambil tindakan? Jangan risau tentang jawatan pm jika itu rezeki kamu inshaallah ada .

    BalasPadam