Header Ads

ads header

Flash News

Pendirian Perlis selari Pas Pusat


KANGAR - Pas Perlis menyifatkan belum ada keperluan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menyertai barisan Exco kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Perlis, Mohd Ridzuan Hashim berkata, ini kerana barisan Exco yang sedia ada mampu menggalas portfolio dan tanggungjawab diamanahkan dengan baik.

“Pendirian Pas Pusat adalah selari dengan pendirian Pas di peringkat negeri. Belum tiba masanya lagi untuk kita menyertai barisan Exco Perlis," katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa Pas belum bersedia menyertai barisan Exco Perlis.

Selain Mohd Ridzuan yang juga ADUN Guar Sanji, Pas Perlis mempunyai seorang lagi wakil rakyat iaitu ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli.








............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan