Header Ads

ads header

Flash News

Pusat khidmat ketua AMK disimbah cat merah, bangkai ayam


Pusat khidmat Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir disimbah dengan cat merah pagi ini.

Selain itu seekor bangkai ayam beserta mesej ugutan turut diletakkan di depan pintu.

Dalam satu kenyataan ringkas, Akmal yang juga ketua pemuda PKR (AMK) berkata beliau dimaklumkan tentang perkara itu oleh kakitangannya yang tiba di sana pada pukul 7.20 pagi tadi.

"Saya dimaklumkan pusat khidmat rakyat Parlimen Johor Bahru telah disimbah cat dan seekor bangkai ayam beserta mesej ugutan kepada saya telah dicampak di depan pintu," katanya.

"Satu laporan polis telah dibuat oleh pekerjsa saya. Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya lagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais mengesahkan telah menerima laporan itu.

“Ada (terima laporan)...dalam siasatan” katanya seperti dipetik.



Ketika ditemui di Parlimen, Akmal berkata beliau tidak mahu membuat spekulasi berhubung dalang di sebalik perkara itu.

Beliau memberikan jawapan sama ketika ditanya sama ada ia mempunyai kaitan dengan pergeseran dalaman Pemuda PKR.

"Tak mahu buat spekulas cuma saya akan terus menyuarakan pandangan akar umbi dan cuba menyelesaikan masalah rakyat," katanya.

Akmal merupakan salah seorang pemimpin PKR yang dilihat menyokong presiden Anwar Ibrahim dan bergeser dengan pemimpin Pemuda PKR lain yang menyokong timbalan presiden Azmin Ali.

"saya percaya bangkai ayam tanpa kepala adalah satu ugutan bunuh," katanya lagi yang tidak menyatakan kandungan mesej yang disertakan bersama bangkai itu.






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan