Header Ads

ads header

Flash News

Sekolah agama masih tidak terima Bajet 2019


KUALA LUMPUR: Sesi persekolah tahun 2019 akan menutup tirainya tidak lama lagi, namun terdapat beberapa sekolah agama persendirian masih belum menerima peruntukan seperti mana yang dijanji oleh pihak kerajaan.

Berikutan hal tersebut, Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman bangkit mempersoalkan perkara tersebut kepada Menteri Pendidikan supaya diberikan penjelasan.

“Adakah Menteri menyedari bahawa sehingga kini masih ada Sekolah Agama Persendirian dan Maahad Tahfiz yang masih tidak menerima bantuan seperti yang dijanjikan?

“Sedangkan sesi persekolahan akan tamat pada hujung bulan ini,” katanya ketika bangkit memberi soalan tambahan pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat minggu lalu.

Menjawab persoalan tersebut, Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik berkata, pihaknya menyedari masih terdapat sekolah agama rakyat yang masih tidak mendapat peruntukan berikutan tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Menurutnya, peruntukan akan disalurkan apabila segala syarat ditepati dan mengajukan permohonan serta berdaftar, maka pihak kementerian akan menyalurkan peruntukan yang telah tersedia.

Dalam masa yang sama, Tarmizi juga meminta Menteri menyatakan jumlah peruntukan tahun 2019 yang telah disalurkan kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Persendirian dan Sekolah Menengah Persendirian Cina serta perincian mekanisme agihan peruntukan tersebut.

Menurut Menteri Pendidikan, sebanyak 78 buah Sekolah Agama Persendirian berdaftar dengan KPM dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM6.294 juta, di samping 254 buah sekolah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Negeri sebanyak RM14.195 juta.

KPM juga sedang membuat verifikasi permohonan bagi fasa terakhir untuk menyalurkan baki peruntukan kepada sekolah yang layak mengikut syarat ditetapkan.

Berhubung peruntukan RM12 juta kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada sekolah tersebut dan pihak KPM tidak mengetahui proses dan kaedah pengagihan yang digunakan. – HARAKAHDAILY 10/11/2019





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan