Header Ads

ads header

Flash News

Tg Piai: 18% pengundi atas pagar penentu kemenangan


PETALING JAYA: Pengerusi Kluster Pendidikan Politik dan Demokrasi Institut Darul Ehsan (IDE), Amidi Abdul Manan percaya kira-kira 18% pengundi atas pagar akan menjadi penentu kemenangan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, yang pengundian berlangsung hujung minggu depan.

Amidi berkata berdasarkan kajian yang dibuat IDE, pengundi berkenaan yang merupakan golongan kali pertama dan kedua mengundi akan membuat keputusan berdasarkan keberkesanan kempen parti bertanding selain pengaruh media.

“Kelompok pengundi ini masih belum memutuskan untuk memilih mana-mana parti dan bakal membentuk keputusan sama ada akan menjadi satu pernyataan ketidakpuasan hati atau sokongan kepada kerajaan,” kata beliau, lapor Bernama.

Menurut Amidi, penyokong tegar yang telah membuat pilihan terhadap parti masing-masing merupakan kelompok yang besar di Tanjung Piai.
“Hasil kajian mendapati sekitar 70% daripada kelompok ini telah pun membuat pilihan berkaitan dengan parti. Ini menunjukkan bahawa pengundi tegar itu tidak lari, malah jumlah pengundi tegar masih lagi sama buat Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

PRK Parlimen Tanjung Piai ditetapkan 16 Nov ini susulan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, yang mewakili PH. Calon PH berdepan calon BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua calon bebas.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan