Zahid mohon jadi penandatangan tunggal dalam Yayasan Akalbudi, kata saksi
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga pengasas Yayasan Akalbudi, memohon untuk menjadi penandatangan tunggal bagi yayasan itu.
Bekas pengurus Affin Bank Cawangan Jalan Bunus, Massayu Mohd Ariffin berkata berdasarkan dokumen bertajuk “Borang Kemaskini Tandatangan Bagi Yayasan Akalbudi”, ia menunjukkan Zahid memohon untuk mengemaskini sebagai penandatangan tunggal dalam satu akaun di bank itu.
Saksi pendakwaan ketiga itu berkata permohonan berkenaan dikemukakan kepada bank itu pada 20 Jun 2013.
“Dokumen ini (Borang Kemaskini Tandatangan Bagi Yayasan Akalbudi) menunjukkan penama Ahmad Zahid Hamidi mohon untuk dikemaskini sebagai penandatangan tunggal bagi Yayasan Akalbudi,” katanya semasa membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan hari kedua kes bekas timbalan perdana menteri itu yang menghadapi 47 pertuduhan jenayah melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Massayu, 49, juga mengesahkan dia menandatangani cek Affin Islamic Bank Berhad berjumlah RM17,953,185.21 daripada Yayasan Akalbudi kepada Messrs Lewis & Co iaitu pemegang amanah Yayasan berkenaan pada 23 Jun 2016.
Massayu berkata cek itu dikeluarkan berdasarkan Borang Permohonan Kiriman Wang yang diserahkan kepadanya pada tarikh sama (23 Jun2016).
“Kemudian saya telah tandatangan pada cek ini. Saya merupakan ‘Authorized Signature’ bagi ‘Banker’s Cheque’ yang dikeluarkan oleh Affin Bank, cawangan Jalan Bunus, Kuala Lumpur,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt.
Sementara itu, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Salma Hanum Ibrahim, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi Yayasan Akalbudi tidak pernah menyerah simpan penyata tahunan dan kewangan Yayasan Akalbudi kepada SSM semenjak ia ditubuhkan pada 1997.
Saksi pendakwaan kedua itu berkata ia berdasarkan semakan sistem SSM iaitu CBS-ROC pada 24 Dis 2018.
Zahid, 66, mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
BalasPadamSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.net
arena-domino.org
100% Memuaskan ^-^