Header Ads

ads header

Flash News

Lagi tanda tanya selepas JPPM tarik balik notis gantung MTUC


PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan ia ada mengeluarkan notis penggantungan terhadap Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetapi notis bertarikh 16 Dis itu sudah ditarik balik dan notis baru dikeluarkan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung MTUC, J Solomon selepas bertemu JPPM Selangor ekoran penularan tangkap layar notis 16 Dis di media sosial hari ini.

Solomon berkata di pertemuan itu, pegawai JPPM kesal notis 16 Dis itu “ditularkan oleh orang-orang yang tidak dapat dikenal pasti”.

“Kami merasakan penularan notis ROS yang sudah ditarik balik itu sebagai cubaan mencemar nama baik MTUC,” kata Solomon.

Beliau dimaklumkan JPPM Selangor menghantar notis baru bertarikh 18 Dis kepada MTUC.

FMT difahamkan penggantungan MTUC berkuatkuasa dalam notis 18 dis, dan kesatuan itu perlu memberikan penjelasan dalam tempoh 30 hari.

Menurut Solomon, MTUC belum terima notis baru itu dan tidak tahu sebab-sebab sebalik notis penggantungan.

“MTUC akan beri kerjasama penuh dan akan patuhi kandungan notis JPPM apabila ia diterima nanti,” katanya.

Perkembangan ini disebalik perselisihan antara MTUC dan Kementerian Sumber Manusia berhubung Rang Undang-undang Pembaharuan Undang-undang Buruh (LLR), yang menurut kesatuan itu diteruskan tanpa rundingan dengan pemegang taruh.

Notis JPPM sebelum ini dikeluarkan mengikut Seksyen 13(2A) Akta Pertubuhan, yang memberikan ia hak untuk menggantung semua kegiatan pertubuhan berdaftar “bagi kepentingan awam”.

MTUC menaungi 500,000 ahli menerusi pertubuhan-pertubuhan masing-masing di pelbagai industri dan sektor.

Ia diiktiraf kerajaan, menganggotai Majlis Penasihat Buruh Nasional (NLAC), dan menghantar perwakilan ke Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Buat yang suka begadang, mari mainkan game bola online dari Upd4te Bett1ng
    info whatsapp +855 979 542 957, di tunggu yaa..

    BalasPadam