Header Ads

ads header

Flash News

Najib lafaz sumpah laknat lepas solat Jumaat - Yang ini sampai sekarang Anwar tak berani nak sumpah nafi liwat, nampak dia... ???


Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini melafazkan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam perakuan berkanun (SD) Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Najib melafazkan sumpah laknat itu beberapa ketika selepas selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru.

"Wallahi, wabillahi, watallahi.

"Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.
Iklan

"Malah saya tak pernah berjumpa dan tak mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya.

"Dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknak oleh Allah SWT di dunia dan akhirat," lafaznya.

Turut hadir isteri Najib, Rosmah Mansor; anak mereka, Nooryana Najwa; Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi; serta beberapa pemimpin kanan parti itu, termasuk Ahmad Maslan dan Abdul Azeez Abdul Rahim.



Sejurus selepas itu, Najib melaungkan takbir tiga kali disambut hadirin yang hadir di masjid.

Sumpah laknat itu merupakan respons kepada kenyataan bersumpah (SD) Azilah, bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis pada 16 Disember lalu, yang didapati bersalah membunuh Altantuya.

Biarpun sudah menafikan dakwaan itu pada hari sama, Najib berkata akan melafazkan sumpah laknat hari ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Ragu sama K0munitas b0L4 aBaL-aBaL.?
    D!sini saja, dijamin 4man dan terpercaya.. menan9 berapapun pasti kam! proseskan..!!

    BalasPadam
  2. Dh blh dh sumpah utk x salah guna kuasa rasuah derma dri arab.. Baru betul bossku xmenyamun amacam brani ka bossku����

    BalasPadam