Header Ads

ads header

Flash News

Sumpah akan kena kepada salah seorang


DULU masa ada yang orang yang dipanggil pakar Hadis nak sumpah laknat pada orang yang dia kata memfitnah dia, orang PH dia puji bukan main. Inilah cara yang betul sebab ikut Sahabat, Sa’ad bin Waqqas kata mereka. Sebabnya mudah, masa itu ada pertikaian dia dengan PAS.

Jadi gembiralah penyokong PH nak tengok PAS kena laknat. Tapi Ustaz itu tak buat pun, dia ugut saja. Yang buat doa laknat, ialah orang lain, atas isu isteri keduanya dari Filipina dulu yang dia kata orang fitnah dirinya. Lama dulu.

Sekarang irama peminat pakar Hadis dari PH itu dah lari, apabila DS Najib bersumpah betul-betul. Dah ada yang kata, ayat-ayat sumpah ini orang sekarang imi duduk buat main dekat mulut saja, sedih. Mereka cuba main drama air mata atas nama agama.

Mereka juga cuba cara lain. Kata mereka lagi, tak hairan dengan sumpah, sebab orang lebih melihat akhlak jahat Najib itu dari sumpahnya. Di sini mahacai sejati dan tulen tak faham. Ini kita panggil jilatan licin bersih sampai ke usus. Dan memang kita tak jangkakan mereka akan atau nak faham.

Sebab dalam Islam jelas, jika dianiaya, dituduh secara batil, walaupun dia Ariel Sharon sekalipun, Allah akan terima doa dia jika dia berdoa. Ada pun akhlak jahat Ariel Sharon yang sangat jahat, itu dalam perkiraan lain. Atas nama menzalimi, tiada hijab doa walaupun dari orang kafir. Sebab itu Islam suruh berlaku baik walaupun kepada tahanan perang yang kafir. Zalim bukan dari Islam.

Diterima doanya atas alasan dia dizalimi, bukan akhlaknya Walaupun penyokong PH faham, mereka akan buat-buat tak faham. Kita maklum, kerana jika mereka kata faham, maka terpaksa terima sumpah Najib itu. Iblis dan Firaun pernah meminta melalui Nabi Musa, Allah mengampuni mereka dan Allah bersedia menerima doa dan taubatnya dengan syarat. Siapa lagi yang lebih jahat dari Iblis dan Firaun?

Tulisan ini kepada pentaksub pakar Hadis dari PH, bukan kepada pakar Hadis itu sendiri sebab takkan dia nak kata begitu kan? Dia yang nak guna kaedah doa laknat itu dulu, jadi tak lojiklah dia marah. Tak pernah salah kalau sesiapa nak guna sumpah, jika yakin dia betul. Cuma sabar dengan fitnah itu lebih baik. Samalah macam DS Najib.

Akibat dari sumpah ini, DS Najib lah seorang yang akan tanggung akibatnya kalau beliau salah. Yang penyokong PH gelabah apa hal? Dan kau orang boleh tahulah siapa peminat pakar Hadis dari PH yang kata begitu. Mesti boleh agak punya. Nak aku bagi tahu? Baiklah aku bagi tahu ciri-ciri utama mereka.

Golongan pentaksub pakar Hadis dari PH ini ialah yang tak percayakan PAS akan buat ikut Islam dan mereka bencikan Umno. Tetapi kerana tiada orang lain yang boleh laksanakan Islam seperti yang ditunjuki di Kelantan dan Terengganu, maka dengan berpura-pura, mereka masih harapkan PH yang mereka tahu diketuai oleh DAP untuk mendaulatkan Islam.

Habislah bersilat lidah dia terpaksa puji Maszlee, Mujahid, Ahmad Awang (tapi fakta ni kena check balik sebab betul ke penyokong PH percayakan Penasihat PAN) konon akan memperjuangkan Islam, walaupun disedari mereka hanya khadam. Mereka akan mendaulatkan Islam yang sebenar-benarnya, dakwa mereka.

Dan untuk sedapkan lagi hati-hati mereka yang kecewa itu mereka dakwa kemenangan mereka adalah tanda Allah redha. Macam perangai burung unta bersembunyi, masukkan kepala dalam tanah, dengan punggungnya tertonggek keluar.

Dia menganggap yang dirinya sudah bersembunyi sebab dia tak nampak orang, orang pun tak nampak dia. Nasib baik mereka tak hidup zaman Nabi Nuh. Kalalu tak, kena kutuklah Nabi Nuh sebab kalah memanjang.

Lihatlah, bila mereka tengok sahaja LGE atau mana-mana pemimpin DAP masuk masjid itu, ibarat dah macam satu dakwah yang sangat berjaya dilakukan oleh parti-parti yang mengaku Islam dalam PH. Lepas itu kena tipu lagi. Tapi ketegaran mereka sebagai khadam, tidak menjadikan mereka serik.

Akhirnya bila tiada arah, kelihatan orang mempercayai sumpah DS Najib, mereka pun tanya, sebab apa tak ajak sekali Presiden PAS bersumpah. Mereka kaitkan PAS untuk kotorkan PAS. Sebab bila mereka nak sucikan pimpinan mereka, dah tak ada jalan. Dengan tahi yang keras melekat, dengan bau hancing yang tak terbayang, apa lagi yang mereka harapkan dari pimpinan mereka?

Presiden PAS duduk mendengar isi ucapan di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, yang dijemput secara peribadi oleh PM sendiri pun kena hina. Bukan sahaja dari cybertroopers mereka, bahkan pimpinan mereka juga seperti Ketua Pemuda AMK Negeri Sembilan. Dia sepatutnya menyuruh Adun Pilah meletak jawatan untuk rakyat Pilah. Kalau tak gila, nak panggil apa bani PH ini?

Saya mengajak seluruh umat Islam mengimbau kembali apa yang berlaku kepada al-Arqam. Ketuanya, Ashaari pernah mengajak pengikutnya mengadakan sumpah mubahalah selepas beliau dikenakan hukuman oleh kerajaan. Katanya mereka meminta dalam masa tiga bulan, ditunjukkan Allah balasannya. Mereka yakin dan percaya yang mereka dianiaya.

Tan Sri Hamid Othman ketika itu memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, memberi amaran agar tidak bermain-main dengan sumpah mubahalah. Dan akhirnya kita tahu apa kesudahannya itu. Saya tidak mahu mengatakan siapa betul atau salah, tetapi apabila sumpah laknat dilafazkan, ia akan berlegar mencari sasarannya.

Sama ada menimpa ke atas orang yang memfitnah atau sumpah itu akan kembali kepada orang yang menyumpah, salah seorang mereka pasti akan terkena. Jadi sangat mudah bagi kita, atas tuduhan ini, laknat itu pasti akan dapat dilihat kepada siapa ia akan singgah.

Kita tunggu, ia bukan satu keputusan mudah jika kita bersalah, lalu bersumpah, dan ia adalah satu langkah yang berani, jika kita difitnah. Semoga makin jelas drama ini. Ianya antara DS Najib dan pemfitnahnya, tapi sebab apa penyokong PH yang kalut lebih? Oh ya, mereka penyebar tegar fitnah itu dan masih tak bertaubat, maaf saya lupa. Patutlah takut.

Saya langsung teringat kepada Saiful Bukhari Azlan. Nampak macam sangat bahagia dia sekarang dengan isteri dan anak-anaknya. Macam tak terkena apa-apa sumpahan pun kan?

MOHD NASIR ABDULLAH
21 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 21/12/2019







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan