20 Makanan Bantu Kecutkan Cyst Dan Fibroit Yang Dikongsi Oleh Dr Hamid Arshad
Ramai dikalangan wanita yang mengalami masalah pada rahim seperti cyst, fibroid, endometriosis dan sebagainya tetapi hanya menyedarinya setelah simptom simptom yang ketara di rasai.Kebiasaannya simptom seperti pendarahan yang banyak, senggugut yang kronik, perut semakin membuncit, sakit ketika hubungan intim atau kencing terlalu kerap berlaku apabila saiz cyst atau fibroid itu semakin membesar.
Lebih menyedihkan apabila rahim terpaksa dibuang ketika usia masih muda dan belum melahirkan anak. Namun masalah ini dapat diatasi dengan baik sekiranya wanita peka dan menjaga peranakan mereka dengan baik.
Menurut Dr Hamid, bagi pesakit yang menghadapi masalah berkaitan peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis ini akan pulih dengan penjagaan makanan yang betul.
Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser adalah disebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan diddalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit cyst atau fibroid atau pesakit kanser perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen yang berlebihan.
Berikut dikongsikan pemakanan yang disarankan oleh Dr Hamid .
20 MAKANAN UNTUK PESAKIT CYST DAN FIBROID
Ambil makanan yang bertindak sebagai anti estrogen.
Makanan2 ini mengadungi aromatase inhibitor yang blok pembentukkan estrogen. Juga mengandungi bahan2 lain saperti sterols, quercetin, DIM, chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin, flavanoids.
- Buah delima/promagenate.
- Sayur2 broccoli, kobis, califlour, bak choy, raddish.
- Minyak zaiton.
- Cendawan.
- Anggor merah dan biji.
- Oats
- Teh hijau.
- Buah2 citrous – lemon, limau nipis, grape fruits
- Kacang2 almond, walnut, peanuts, gajus. Yang tidak diroasted.
- Bawang merah.
- Kunyit.
- Spirulina, chorella
- Sayur2 hijau , sawi, bayam, salad dll.
- Minyak kelapa dara.
- Bawang putih
- Kucai dan celery
- Berries – blue berries, black currant.
- Maca
- Fax seeds
- Makanan2 fermented – yougat, tapai, kimchi. Bekalkan probiotik atau good bakteria.
Kredit www.suhailaabdul.com
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan