Header Ads

ads header

Flash News

7 Filem Tentang Virus Bahaya Yang Best Untuk Korang Tonton


Serangan virus corona telah menggemparkan dunia sehinggakan beberapa buah negara telah pun menggantung kemasukan warganegara China. Perkara ini diambil serius demi menjaga keselamatan orang ramai.

Namun begitu, korang jangan pula panik sehingga menyebarkan fakta yang tidak betul. Rujuk pada pihak yang bertanggungjawab dan bukannya percaya bulat-bulat dengan apa yang disampaikan di media sosial.

Dalam kehangatan isu virus ini, teringat pula kami tentang filem berkisarkan tentang wabak yang menarik untuk ditonton. Berikut kami senaraikan antara 7 buah filem best yang korang boleh cari.

1. The Flu 



Pelakon: Jang Hyuk, Soo-Ae, Park Min-ha, Yoo Hae-jin
Wabak H5N1 merebak ke seluruh populasi urban dengan 2000 kes setiap satu jam dan kematian terjadi selepas 36 jam jangkitan. Akibat virus yang merebak itu, sesiapa yang menghidap wabak tersebut dikuarantin dan dipulaukan. Dalam perjuangan meneruskan hidup, seorang bomba dan doktor datang untuk mencari penawar.

2. Inferno


Pelakon: Tom Hanks, Felicity Jones, Omar Sy, Ben Foster, Irrfan Khan, Sidse Babett Knudsen
Tom Hanks kembali dengan watak Robert Langdon, seorang profesor Harvard dan symboligist yang perlu merungkai petunjuk di Florence bersama dengan sekutunya, doktor Sienna Brooks. Bersama mereka perlu menghentikan wabak yang dibuat oleh seorang ahli genetik gila yang mahu mengurangkan populasi manusia.

3. Contagion



Pelakon: Matt Damon, Kate Winslet, Gwyneth Paltrow, Jude Law, Laurence Fishburne, Marion Cotillard

"Contagion" mengisahkan tentang kepantasan sejenis virus pembawa maut yang disebarkan oleh udara dalam hanya beberapa hari. Dalam pada wabak maut tersebut merebak pantas, sepasukan doktor dari serata dunia berganding bahu mencari penawar dan cuba mengawal kepanikan orang ramai yang menular lebih cepar berbanding virus tersebut.

Filem ini turut memaparkan sisi lain kehidupan insan biasa yang masih berjuang dalam masyarakat yang sedang bergolak.

4. Train to Busan


Pelakon: Gong Yoo, Ma Dong-Seok, Jung Yu-mi, Choi Woo-Shik, Ahn So-Hee, Kim Soo-Ahn
Wabak virus zombi mula merebak di Korea Selatan, menyebabkan mereka yang dijangkiti menjadi agresif dan ganas. Sekumpulan orang yang terselamat cuba melarikan diri dengan menaiki kereta api KTX dari Seoul ke Busan, yang mana berkemungkinan tempat selamat untuk pelarian.
Tetapi ketika dalam perjalanan, mereka juga terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri.

5. Resident Evil


Pelakon: Milla Jovovich, Ali Larter, Oded Fehr, Mike Epps
Sebuah syarikat Umbrella Corporation telah melakukan ujikaji vaksin dan senjata bio-teknologi yang dikenali sebagai T-Virus dan telah dicuri oleh seseorang. Salah satu tempat penampungan virus itu pecah dan menjangkiti semua orang di dalam pejabat Umbrella Corporation yang berubah menjadi zombie.

Kemudian, pasukan khas telah diturunkan ke sana untuk mematikan sistem dalam makmal dan mereka perlu berhadapan dengan zombie.

6. I Am Legend


Pelakon: Will Smith, Alice Braga, Dash Mihok
Robert Neville merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dari virus yang berpunca daripada ubat penyembuh kanser. Bila malam menjelma, dia terpaksa menyelamatkan diri daripada serangan zombie. Malah, lelaki ini juga turut berusaha untuk membuat penawar agar dapat menyembuhkan manusia yang berubah menjadi zombie.

7. Dawn of the Planet of the Apes


Pelakon: Andy Serkis, Jason Clarke, Gary Oldman, Keri Russell, Toby Kebbell, Judy Greer, Kodi Smit-McPhee

Negara semakin berkembang dengan kemunculan genetik mawas yang diketuai oleh Caesar telah diancam oleh sekumpulan manusia yang terselamat daripada terkena virus yang dahsyat sedekad yang lalu.

Keamanan hanya sementara dan peperangan pasti tercetus antara kedua-dua belah pihak untuk menentukan siapakah sebenarnya merupakan makhluk Bumi yang dominan

Sumber: cinemaonline




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan