Header Ads

ads header

Flash News

ADUN Dengkil, Penolong Setiausaha ARMADA Digantung Tugas


KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Shan Abdullah, digantung serta merta daripada jawatannya sebagai Ketua ARMADA Selangor.

Tindakan sama turut diambil oleh Majlis Ketua ARMADA Nasional ke atas Penolong Setiausaha badan itu, Ahmad Redzuan Mohamad Shafi.

Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata keputusan penggantungan kedua-dua pemimpin muda terbabit dibuat dalam mesyuarat Majlis Ketua ARMADA Nasional.

Beliau berkata, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes yang dihadapi kedua-duanya.

“Susulan penggantungan Ahmad Redzuan, jawatan itu kini dipangku oleh Danial Syahiran Ho Imran Ho yang juga Exco ARMADA Nasional.

“Timbalan Ketua ARMADA Selangor, Anad Akashah Nazri, kini dilantik memangku jawatan Ketua ARMADA Selangor, serta merta,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata ARMADA merakamkan penghargaan dan berterima kasih di atas khidmat dan bakti kedua-duanya sepanjang memegang jawatan terbabit.

Katanya, mereka turut mendoakan agar siasatan yang dihadapi kedua-duanya dapat dijalankan dengan lancar serta adil mengikut undang-undang negara.

Adhif Shan dipalit kontroversi selepas ditahan polis, bersama 16 yang lain dalam serbuan terhadap sebuah unit kondominium dekat Jalan Puchong awal minggu ini, yang disyaki menjadi tempat penyalahgunaan dadah dan judi.

Hasil saringan awal terhadap 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan itu, 16 daripada mereka dikesan positif dadah.

Kesemua mereka kecuali seorang wanita warga asing sudah dibebaskan dengan jaminan polis, sementara siasatan masih dijalankan termasuk menunggu keputusan saringan kedua yang dijalankan. – BH Online



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. PRU sebelum ini TG Hadi Awang pernah bersuara soal Pil Kuda, orang memang x percaya.
    Tapi sekarang tak sangka memang betul dlm PH ada pemimpin yg mcm ni, Allah mula tunjukkan. Kata2 Ulama, memang terdapat hikmah & kebenaranya.

    PH=DAP pun orang tak nak percaya. Sekarang memang sudah terlihat PH=DAP. Parti komponen lain hanya diam & lihat sahaja + jadi macai

    BalasPadam